Tujuan penulisan ini sebagai ingatan memori dan peringatan buat semua ibu bapa serta ingatkan kepada anak-anak untuk lebih berhati-hati bermain pintu.
Musim cuti pertengahan sekolah akhir tahun 2024 saya ambil peluang untuk balik kampung dari Selangor ke Kuala Terengganu. Pada awalnya agak keberatan memandangkan musim hujan monsun timur laut di Pantai Timur terutamanya Terengganu dan Kelantan yang kebiasannya banjir. Alhamdulillah cuaca elok sahaja dan jalanraya pun tak dinaiki air, makan perjalanan balik kampung berjalan lancar pada 21 Dis. 2024.
Bila kat kampung rumah Tok Ma & Tokki, lupa diri bermain dengan sepupu sepapat dalam rumah. 22 Dis. 2024 sekitar jam 2.15 petang sedang saya berehat dalam bilik dengan tiba-tiba Irfan (8 tahun) datang meluru.
"Jari saya penyet! Jari saya penyet!", nampak anak jari Irfan terkoyak dengan darah meleleh. Kuku tiada pecah tapi nampak kukunya boleh bergerak dari isi. Irfan cerita dia cuba nak ambil kunci tersangkut di pintu dari luar dengan 1 tangan dan 1 tangan letak di bingkai pintu, anak jari tak perasan berada di celah pintu. Mereka kata nak cuba buka pintu dengan kunci. Kemudian pintu ditutup dari dalam sehingga tertutup rapat. Irfan bagitau dia cuba tarik jari tapi tak dapat dan menjerit panggil sepupunya dari dalam untuk buka. Apabila pintu terbuka, terus dia berlari ke saya.
Jadi pertama semestinya cuba hentikan pendarahan dengan tisu. Bila nampak luka teruk, jangan letak apa-apa seperti minyak gamat ke iodin ke. Cuma cuci luka setakat berkurang.
Kemudian, saya bawa pergi ke klinik swasta Ummul Ain, Manir bagi dapatkan pandangan Doktor segera, dan Doktor bagitau berkemungkinan ada tulang patah dan di klinik tiada kemudahan X-ray, jadi Doktor mohon rujuk ke Klinik Kesihatan.
Sekitar jam 4.00 petang, saya ke Klinik Kesihatan Manir di bahagian rawatan Ibu dan Kanak-kanak kerana melibatkan kanak-kanak 8 tahun. Semasa pendaftaran, oleh kerana cuma saya sebagai bapa sahaja dengan anak-anak, makan Kad MyKid memang tiada dengan saya. Nasib baik saya ada ambil gambar Kad MyKid anak-anak dan simpan maklumat penting dalam Apps, jadi semasa pendaftaran saya cuma boleh tunjuk gambar MyKid anak sahaja sebagai bukti.
Waktu agak lewat memandangkan Klinik tutup jam 5.00 petang. Dalam Jam.4.15 petang, Doktor panggil masuk dan buat pemeriksaan. 4.30 petang Doktor suruh buat X-ray dan bahagian X-ray bagitau masih diterima untuk X-ray untuk jam itu walaupun lebih kurang 35 minit sebelum jam 5.00 petang. Selesai sahaja X-ray, Doktor tunjukkan ada patah di hujung anak jari bahagian kuku. Doktor minta untuk rujuk di Bahagian Kecemasan dan Trauma dengan segera dengan surat rujukan dan salinan X-ray.
Sebelum kami ke Hospital, saya balik ke rumah dulu untuk makan minum alas perut sebab kemungkinan akan tunggu lama di hospital nanti, nak berkemas pakaian semuanya.
Sekitar jam 6.30 petang saya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu ke Bahagian Kecemasan dan Trauma, saya bagitau masalah Irfan dan tunjukkan surat rujukan daripada Klinik Kesihatan Manir. Kemudian saya dapat nombor giliran untuk berjumpa dengan Doktor lain. Setelah tunggu beberapa ketika, Doktor pesakit luar minta rujuk ke Doktor pakar tulang, kemudian Doktor tulang bagitau perlu cuci luka di bilik bedah. Kuku perlu dicabut dahulu, kemudian dijahit dan cantumkan semula kukunya. Semuanya perlu di bilik bedah dan perlu bius penuh satu badan memandangkan masih kanak-kanak.
Kemudian 23 Dis. 2024, jam 2.40 petang, Dewan bedah panggil untuk bedah. Doktor-doktor maklumkan ia mengambil masa sekejap sahaja. Dan dokumentasi legal keizinan penjaga/ibu bapa perlu disahkan dengan teliti.
Nama penuh pesakit, No MyKid pesakit, nama penjaga, No Kad Pengenalan penjaga
Dalam jam 4.20 petang, jururawat dah panggil bapa Irfan Sufyan untuk siap bawa naik ke wad. Alhamdulillah. Irfan masih tidur lagi kesan dari bius. Doktor/Jururawat bagitau perlu Irfan rehat dahulu. Bila sedar sepenuhnya cuma perlu basahkan bibir dan beri sedikit air terlebih dahulu bagi mengelakkan muntah. Bila Irfan dah sedar sepenuhnya, saya bagi minum air dan makan terus sebab dah agak lama tersedar.
24 Dis. 2014 -.Doktor buat Pemantauan sesi pagi bagitau Irfan boleh discaj/keluar keesokkan harinya sebab hari ini Irfan perlu dipantau post-operation. Tangan jarinya masih berbalut. Hari ini cuma melepak atas katil hospital sambil main game offline, kadang-kadang adalah share hotspot dan main Game Apps Minecraft yang dibeli dari Google Playstore. Memandangkan Irfan dan dapat jaga diri, saya ambil kesempatan seketika untuk balik rumah ibu bapa sekejap nak tengok-tengokkan Imran Suhail 6 tahun yang dah beberapa hari tak jumpa sebab papanya sorang sahaja jaga siang malam kat wad Abang Irfan ni. Imran dah besar dan boleh jaga diri dah, sibuk bermain dengan sepupu-sepupunya.. ada tangkap anak katak la...tangkap belalang la... Okay la tu sekurangnya kurang rasa sunyi dan dapat rasai suasana kampung.
25 Dism 2024 - Doktor pakar buat rondaan pada pagi berkenaan macam biasa dan mengesahkan Irfan memang dah boleh balik, cuma perlu menunggu proses dokumentasi, report rasmi sahaja. Sekitar tengahari Doktor serahkan dokumen surat rujukan Hospital untuk follow up 3 minggu lagi beserta MC 3 minggu juga. Selepas dah dapat surat, saya turun ke Aras bawah untuk buat bayaran menggunakan GL (Surat Jaminan)(Guaranteed Letter) kerana merupakan penjawat awam. Saya cuba minta resit, tapi penjaga kaunter nyatakan Resit tak diberi jika guna GL dan hanya di beri yang buat bayaran sahaja. Jadi saya tak dapat lihat jumlah besar kos perubatan dan wad anak ni.
Sebelum beredar, saya terlupa yang Doktor ada bagitau beberapa hari sebelum tentang ubat antibiotik (tak diberitahu semasa nak keluar wad). Kemudian saya naik semula ke Aras 7 Bahagian Farmasi untuk mengambil ubat (tak pasti ada tak masa awalnya, saya cuma serahkan kad wad untuk semakan sebelum nombor dipanggil).
Akhirnya pada giliran saya, farmasi bagi 2 kotak Antibiotik untuk dimakan 5 hari berturut-turut dan paracetamol sahaja jika perlu.
Irfan macam biasa setakat kuku anak jari tu apalah sangat nak menghalang dari aktif, sampai mak ayahnya yang kena tinggi suara untuk beringat-ringat jari tu belum baik lagi, nanti tercabut kuku tu,...bla..bla..bla...