Cara Buka Akaun Bank Rakyat

Repost: Kemaskini 04 Mac 2020

Saya baru buka akaun Bank Rakyat “Saya Mesti Pilih!!” tahun 2013 di Cawangan Kangar, Perlis. Masa itu baru sahaja berpindah di Perlis dari Raub, Pahang walaupun berasal daripada Terengganu. Gaji pun tak berapa mewah tapi bolehlah menyimpan sedikit-sedikit.

SEBAB | Antara sebab saya buka akaun Bank Rakyat ini adalah:

  1. Dia punya tagline "Bank Rakyat, Saya Mesti Pilih"
  2. Akaun Simpanan yang Islamik
  3. Pengaruh sepupu yang ada tag di Facebook tentang berkaitan Saham Bank Rakyat (Saya Beli Saham Koperasi Bank Rakyat yang minimum RM500 sahaja. Dividend pernah dapat 15%). Boleh baca di SINI tentang penerangan Saham Koperasi Bank Rakyat.
  4. Bank Rakyat ada Program Ar-Rahnu (Walaupun saya tiada harta nak pajak gadai)

Lokasi : Bank Rakyat, Bandar Kangar, Perlis Indera Kayangan. Bank yang paling kecik dalam Bandar Kangar ni (kawasan masih dalam pembinaan).
Situasi : Nak buka akaun Bank Rakyat baru.

simpanan, duit, akaun bank

Akaun Bank Rakyat: Akaun Simpanan i-Tawfir (Berkonsepkan Al-Mudharabah)

BUKA AKAUN | Situasi bermula bermula bertanyakan pada penjaga bank macam mana nak buka akaun bank baru ni. Hanya dengan RM20 sudah boleh buka akaun ni. Setelah isi borang yang sepatutnya, menunggu angka giliran dan di ‘interview’ sekejap oleh penjaga kaunter tentang kerja, gaji, dan apa yang sudah tertulis dalam borang akaun bank tu.

Dalam 5-10 minit menunggu, akaun bank sudah siap! tapi yang tak berapa best-nya, Kad ATM dah habis! Yang tinggal cuma Kad ATM Bank Rakyat Koperasi. Untuk mendapat Kad ATM Koperasi ini perlu menjadi ahli koperasi dan kena daftar sendiri menjadi ahli koperasi. Saya bertanyakan,”Apa itu Koperasi?”, Pegawai tu menerangkan koperasi ni Koperasi-LAH! Ada banyak koperasi, macam koperasi sekolah, koperasi kesihatan… Dan saya yang masih tak faham ni..Apa itu Koperasi?? Okay! Abaikan la.. Kalau nak Kad ATM Bank Rakyat ni kena ambil di cawangan Arau, Perlis (Lebih kurang 20 minit dari tempat kerja, waktu rehat 1 jam sahaja, mintak izin keluar pun 1 jam..nak menunggu lagi..Tak cukup masa)

Akhir sekali untuk buka akaun Bank Rakyat ni, ada Akad…Pegawai bank sebut,”Bla…bla…bla…jika ada keuntungan pihak bank akan…bla..bla…bla…dengan nisbah 9:1..bla..bla…”. Dan akhir sekali akan di akhiri dengan “Saya Setuju”. Maka termaktublah akad-buka-akaun.

SAHAM BANK RAKYAT | Semasa buka akaun bank, saya ada bertanyakan tentang bagaimana untuk beli Saham Bank Rakyat. Penjaga kaunter menerangkan yang minimum RM500/1 unit dan saya pun setuju dan buat pembayaran di kaunter itu juga.

TETAPI, jika anda ingin membuat pelaburan lebih RM 500/ 1 unit, juga BOLEH. Tetapi, permohonan akan dihantar ke Ibupejabat untuk mendapat kelulusan bergantung kepada ‘keadaan kekosongan (availability) baki saham’. Jadi, tetap ada peluang untuk mendapatkannya lebih lagi.

Jadi anda sebagai Bumiputera Melayu Islam, rebutlah peluang ini untuk membuat pelaburan di Bank Rakyat walaupun sekadar RM500 pun cukup la daripada tak ada langsung. Jika anda masih muda, masih panjang lagi tempoh masa untuk merebut lagi pada masa akan datang. - Sumber : Blog Duniazamansaya

PERBANKAN INTERNET | Setiap bank WAJIB ada Perbankan Internet supaya kita mudah nak menguruskan duit dalam Akaun. Caranya seperti di bawah. Sebenarnya saya amat jarang guna i-Rakyat ini, sekadar tengok baki sahaja, jadi pernahlah lupa password dan masukkan password tak pasti beberapa kali dengan pantas. Jadi, Operator Bank Rakyat pesan,"Kalau lupa password JANGAN terus masukkan password lain.. Kena tunggu beberapa minit sebelum masukkan password baru". Mungkin sebagai keselamatan SCAMMER yang cuba nak log-in akaun kita.
Sumber : i-Rakyat

Langkah 1

  • Kunjungi ATM Bank Rakyat yang terdekat
  • Di ATM, masukkan Kad ATM dan kata laluan
  • Pilih "Lain" selepas paparan "Sila pilih transaksi"
  • Pilih "T-PIN Perbankan Internet"
  • Masukkan 6-digit T-PIN sementara pilihan anda
  • Masukkan semula nombor untuk pengesahan. Hafal nombor ini, kerana atas sebab keselamatan ia tidak akan dicetak pada resit ATM.

Langkah 2

  • Layari laman www.irakyat.com.my
  • Pilih Pendaftaran Kali Pertama
  • Pilih ikon ATM / Debit / Kad Kredit
  • Isikan maklumat yang diperlukan
  • Baca & setuju dengan Terma & Syarat 

Langkah 3

  • Pendaftaran selesai. anda sudah boleh menggunakan perkhidmatan i-Rakyat.



PINJAMAN PERIBADI | Dengan Bank Rakyat ini juga saya ada buat pinjaman peribadi untuk Beli Tanah Pusaka (hak milik Nenek diperturunkan kepada Ayah) dan Pinjaman untuk Perkahwinan. Jika difikirkan memang rasa rugi juga tapi sebab tiada kesedaran awal dalam kewangan dan hidup 100% merantau jauh dari kampung halaman memang menjadi terhad untuk membuat penyimpanan. Tambahan tanah pusaka milik ayah dan saudara-mara, tambahan dengan fikir keperluan aset, harga tanah pula dapat diskaun dari ayah sendiri. Mungkin tindakan saya pun kurang cerdik pada masa itu (menggunakan pinjaman peribadi untuk menyelesaikan masalah Hutang Kad Kredit - Hutang sebab kawan perlukan duit segera)

Moral : Jangan percaya 100% pada kawan/saudara yang ingin menjual sesuatu barang kemudian bagi pesanan "TAKPER BAYAR SEDIKIT-SEDIKIT TAKPER...". Kemudian akan terus mendesak untuk bayarkan sekaligus sebab dia jual barang sebab perlukan duit.

Pada masa itu juga aku tiada buat simpanan perkahwinan yang banyak, Walaupun dengan Wang Hantaran sekian jumlah, percayalah belanja Majlis akan lebih dari itu.

11 Ulasan

Saya amat menghargai sokongan yang diberikan dan berharap dapat terus berhubung dengan anda semua melalui platform ini. Setiap komen adalah inspirasi buat saya untuk terus menulis dan berkongsi ilmu. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan bersama-sama kita belajar serta berkembang.

Jangan segan untuk berkongsi pendapat, soalan, atau apa sahaja yang anda rasa relevan. Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan blog ini sebagai medium yang bermanfaat untuk semua.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita terus berhubung dan saling menginspirasi.

Salam hormat,

  1. dapat gak kad bank rakyat yang ada koperasi tu..tapi xde plak kena daftar as ahli..huhuh

    BalasPadam
  2. baru wat smlm, dapat kad bank rakyat bukan koperasi. akad xde, buku pun xdpt huhu - aye

    BalasPadam
  3. Tq bro .good info der...

    BalasPadam
  4. Assalam,nak tye,bayaran buka akaun baru rm70?mohon penjelasan,terima kasih

    BalasPadam
  5. klu status bankrup boleh ke mohon akaun bersama ank bank rakyat

    BalasPadam
  6. kalau ada status bankrup..boleh ke buka akaun bersama nama anak di bank rakyat

    BalasPadam
  7. tak kerja boleh buka akaun?

    BalasPadam
  8. Klau status bankrap blh ka buka akaun bersama anak

    BalasPadam
  9. Assalamwalaikum wbt.. nak tanya ni? Boleh buka akaun bank ka kalau tiada kerja atau tiada bukti pendapatan? Soalan ke 2 saya: Bank manakan yang boleh saya buka akaun jika begini?

    BalasPadam
  10. Kalau mcm suri rumahlh nk buka akaun bankrakyat utk simpanan dia boleh ke??sbb bank lain contohlh cimb utk org yg bekerja baru dpt buka bank..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama