Mini Zoo Hybrid dan Dinosaur Encounter di Kuantan Pahang

Mini Zoo Teruntum, Kuantan Pahang (Zoo Hibrid) - Selepas tamat 4 hari outstation di Zon Utara Dan alang-alang untuk perjalanan balik ke tempat mastautin di Selangor pada hari jumaat; Maka saya melencong untuk balik ke Pekan, Pahang seketika semasa hujung minggu. Walaupun mana sahaja lokasi yang says singgah, di mana ada Zoo atau tempat haiwan, di situlah Wanted List kawasan yang akan dikunjungi. Jika berada di Pahang,antara tempat ala-ala Zoo adalah di Zoo Mini Teruntum, Kuantan Pahang (Sebelah padang golf di-Raja Dan jalan nak ke Pantai Teluk Cempedak.

Quick Vacation @Balik Kampung, Pekan Pahang akhir tahun 2021 selepas Outstation 4 hari Zon Utara bersama #familiqbal 
Pintu Masuk Zoo Mini Teruntum Hybrid

Pintu masuk Zoo Mini Teruntum Hybrid
Pagar Zoo Mini Teruntum Hybrid

Pada beberapa minggu sebelum itu sudah nampak kerja kerja upgrade sedang dijalankan dan zoo ditutup untuk orang awam dan nampak ada dinosaur besar dalam kawasan itu.

Kemudian pada 12.12.21 yang lepas, saya membawa keluarga ke Zoo Teruntum ini. Memang ramai orang sangat di sini! Lagipun Dinosaur Encounter ini baru sahaja dibuka pada 10.12.20 21 ( Kalau Tak silap)

Bertahun lepas masuk Free ke Mini Zoo Teruntum ni, sejak ada Dinosaur ada caj dàh.  Dia punya tarikan utama: Dinosaur patung yang bergerak sikit-sikit dan dikatakan 'Zoo Hybrid' pertama di dunia (katanya) dan Haiwan² ada sikit je; Buaya,  Lontong, Kerbau, Rusa, Ayam.

Menurut artikel Sinar Harian, Zoo Hybrid pertama di dunia bernilai RM12 juta dibuka Januari 2022 nanti. Adakah saya masuk pada Disember 2021 hanya test market? itulah kita rakyat Malaysia mudah excited. Lagipun kawasan mudah diakses dan kebetulan berada di kawasan sama!

.
Kawasan dia tak besar sangat tapi letih juga pusing², orang² tua, kerusi roda tak sesuai sangat.
Tak banyak Dinosaur yang bergerak, ada beberapa yang bergigi tajam gerak kepala, ekor sesekejap. Dinosaur memang nampak realistik, kulit getah² tebal, kuku gigi tajam.. jadi berbaloi la.
.
Zoo Hibrid dengan Dinosaur besar mula dibuka di Kuantan mula 10 Dis.2021! 😍
Lokasi : Mini Zoo Taman Teruntum, 
📍 Jalan Padang Golf 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia
.
brachiosaurus, replika dinosaur yang paling besar!!

📌 It's Dinosaur Encounter.🍀 Zoo ini berkonsepkan menggabungkan haiwan hidupan sebenar dan haiwan animatronik prasejarah seperti dinosaur. Ia juga mempunyai T-REX terbesar di Asia! 🦖🦕 Di dalam Zoo Mini Teruntum, turut mempunyai tarikan unik seperti The Hobbit House dari filem 'The Lord of The Rings'. 📸
.
Tiket Masuk: 
RM25.00 (Dewasa) / RM22.00 (Kanak-kanak)
.
Ada caj tambahan untuk masuk ke kawasan Trex & 3D.
T-Rex dalam kurungan
Pemandangan Zoo Mini Teruntum Hybrid

Dia Punya saiz dinosaur memang agak real size. Memang betul-betul besar! Saiz yang sangat puas hati ! Tekstur kulit dinosaur pun berspan lembut rasa feel realistik Rupa Dinosaur pun realistik (bukan rupa kartun) . Oleh kerana pembukaan masih awal, sambutan sangat meriah! Kawasan Dinosaur tak luas sangat jadi jangan terburu buru! Ambil gambar dan video banyak-banyak kreatif pastikan berbaloi dengan tiket!. 
Pemandangan Zoo Mini Teruntum Hybrid

Rangka Dinosaur sebelum masuk
Raptor yang ganas

Untuk Dino yang bergerak, lagi menarik jika korang dapat buat aksi menarik. Semasa saya berada di sini, tak banyak dinosaur yang bergerak. Cuma Dinosaur yang kecil sahaja..

Tengok pada page FB Zoo ini, ada tambahan aksi pada waktu malam dengan tiket yang separuh harga.
Dinosaur yang bergerak
Dinosaur yang bergerak

Antara Dinosaur yang paling besar di sini. Sejenis Dinosaur air.

Jika melihat pada perbezaan saiz, tinggi saya 170 cm dan tinggi Dinosaur tesebut memang sangat-sangat besar! memang boleh buat gambar dan video yang mantap.

Sebelum ada Dinosaur ini Zoo Teruntum boleh masih percuma dan cuma ada beberapa jenis haiwan sahaja seperti Buaya, monyet, ayam. Melihat pada kawasan ini tidak sesuai jika bawa Stroller atau kerusi roda. cuaca panas memang nampak jelas bergambar tapi agak penat berjalan.

Kemudahan asas Surau dan tandas pun kecil sahaja jadi boleh tunaikan kewajiban, atau ke tandas. Anggaran masa saya berada di dalam kawasan tersebut dalam 2 jam+++. Pastikan bergambar dengan setiap ekor dinosaur. Biar puas hati.!
Untuk tambah baik kawasan akan nampak Iagi Boom jika ada Tumbuhan prasejarah dan serangga-serangga kecil melekat pada pokok atau dinding. 

untuk melawat disini (jika tiada pembaharuan), boleh repeat melawat 1-2 tahun sekali, letak dalam jadual Jalan jalan Malaysia kurang. Atau sebagai tempat 'escape' Anak-anak (ibubapa) hanya mengikut kehendak sahaja.
 



Iqbalab Mii Journal

Meet an introverted eccentric and loving father of two boys. Passionate about science, nature, and the art of nurturing plants, he uniquely combines these interests in his captivating stories. As a dedicated "plant dad," he finds solace and joy in the quiet companionship of his leafy friends. Through his writing, he invites you to join his journey, sharing heartfelt stories that intertwine his role as a father, his fascination with the natural world, and his camaraderie with fellow plant enthusiasts. Join him in exploring the intricate tapestry of life, where science, nature, and the bonds of fatherhood converge in beautifully woven narratives.

Catat Ulasan

Saya amat menghargai sokongan yang diberikan dan berharap dapat terus berhubung dengan anda semua melalui platform ini. Setiap komen adalah inspirasi buat saya untuk terus menulis dan berkongsi ilmu. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan bersama-sama kita belajar serta berkembang.

Jangan segan untuk berkongsi pendapat, soalan, atau apa sahaja yang anda rasa relevan. Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan blog ini sebagai medium yang bermanfaat untuk semua.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita terus berhubung dan saling menginspirasi.

Salam hormat,

Terbaru Lebih lama