Betul ke gelaran Syed dan Syarifah ini keturunan Nabi Muhammad S.A.W?
Berat betul gelaran itu untuk digunapakai bagi kita umat Nabi Muhammad S.A.W sehingga menganggap diri keturunan Rasulullah; mungki kelakuan perangai kita tidak semulia baginda.
Mengikut istilah Kamus Dewan edisi keempat menyatakan:
[sya.ri.fah] | شريفة
Definisi : Ar perempuan keturunan Nabi Muhammad SAW. (Kamus Dewan Edisi Keempat)[sa.yid] | سيد
Definisi : Ar gelaran orang yg berketurunan drpd Nabi Muhammad SAW. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Mengikut Mufti Wilayah Persekutuan juga mengatakan,
Gelaran ‘syed’ dan ‘syarifah’ diberikan kepada mereka yang berketurunan Nabi Muhammad SAW atau disebut sebagai Ahlul Bait. Definisi Ahlul Bait menurut pandangan Ahli Sunnah merangkumi isteri-isteri Rasulullah, anak menantunya, serta kaum kerabatnya daripada keturunan Bani Hashim dan Bani Muttalib. Barang siapa yang mempunyai bukti bahawa susur galur keturunannya sampai kepada Rasulullah SAW melalui jalur-jalur di atas, maka mereka berhak dianggap sebagai ahlul bait walaupun nama mereka tidak mempunyai gelaran ‘syed’ mahupun ‘syarifah’." (Sumber Pejabat Mufti WP KL).
Manakala kenyataan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga mengatakan bahawa:
Pemakaian gelaran keturunan pada pangkal nama tidak boleh dibuat sesuka hati oleh mana-mana pihak, sebaliknya perlu mengikut peraturan yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan persatuan berkaitan.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said berkata, semua gelaran seperti Tunku, Tengku, Raja, Wan dan Megat hanya boleh dipakai oleh individu yang layak.
"Penamaan gelaran adalah berdasarkan kepada gelaran bapa dan status kanak-kanak itu sewaktu dilahirkan tanpa mengira tempat di mana kelahiran berlaku.
"Ia sebagaimana arahan Jabatan Pendaftaran Negara Bilangan 10/2011," katanya kepada Bernama, Selasa. (Sumber akhbar)
Golongan Syed ditakrifkan sebagai mereka yang berketurunan Rasulullah SAW yang telah berpindah ke alam Melayu secara berperingkat-peringkat dalam sejarah. Menurut sistem transliterasi rasmi, ‘Syed’ dieja sebagai ‘Sayyid’, yang membawa beberapa pengertian dalam bahasa Arab, seperti ‘pemimpin’, ‘ketua kaum’, ‘orang bangsawan’ dan ‘tuan’. Secara tradisinya, golongan yang menggunakan istilah ‘Sayyid’ di pangkal nama mereka kadang-kadang digelar juga sebagai ‘Syarif’ – ‘orang yang mulia’ dan ‘Habib’ – ‘orang yang dikasihi’. Maka keturunan perempuan dari golongan ini dipanggil pula dengan gelaran ‘Syarifah’yang membawa pengertian "puan"''orang bangsawan"pemimpin kaum wanita"Maksud Ahlul-Bait(Bahasa Arab: أهل البيت) adalah istilah yang berarti "Orang Rumah" atau keluarga. Dalam tradisi Islam istilah itu mengarah kepada keluarga Muhammad. Terjadi perbedaan dalam penafsiran baik Muslim Syi'ah maupun Sunni. Syi'ah berpendapat bahwa Ahlul Bait mencakupi lima orang yaitu Ali, Fatimah, Hasan dan Husain sebagai anggota Ahlul Bait ...(di samping Muhammad). Sementara Sunni berpendapat bahwa Ahlul Bait adalah keluarga Muhammad dalam arti luas, meliputi isteri-isteri cucu-cucu termasuk seluruh keturunan nabi Muhammad s.a.w (Sumber group facebook)
- Mengikut pemahaman secara umum, gelaran 'Syed' dan 'Syarifah' adalah keturunan Nabi Muhammad S.A.W.
- Orang yang mempunyai gelaran Syed dan Syarifah tidak perlu merasa bangga diri dengan gelaran berkenaan sehinggakan menimbulkan persepsi tidak baik dari orang lain sehingga akan merendahkan martabat Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.
- Pemegang gelaran Syed dan Syarifah pada masa kini tidak mempunyai bukti susur galur keturunan yang kukuh untuk dikaitkan dengan Rasulullah; hanya sekadar mewarisi nama gelaran dari keturunan sebelum ini.
- Kita sebagai Orang Islam perlu berhati-hati untuk bersandarkan sesuatu perkara ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
- Pendaftaran gelaran nama seperti Syed, Wan, Tengku dll. perlu merujuk peraturan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak sewanang-wenangnya namakan anak; sekurangnya Si Bapa kena ada gelaran yang sama.
- Kamus Dewan; https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=syarifah&d=274052&
- https://262bandahilir.blogspot.com/2016/04/keturunan-syed.html
- https://www.facebook.com/syababasyraaf/posts/kenapa-sayyid-harus-menikah-dengan-syarifah-sayyid-dan-syarifah-merupakan-keturu/412911812581476/?locale=zh_CN
- https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4199-irsyad-al-fatwa-siri-ke-422-bolehkah-syarifah-berkahwin-dengan-bukan-syed
- https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4198-al-kafi-1613-siapakah-golongan-ahlul-bait-menurut-ahli-sunnah-wal-jamaah
- https://jamalulailperak.blogspot.com/2009/10/jawapan-jpn-terhadap-penggunaan-nama.html
kalau nama tu ada sulur galur yang membawa kepada keluarga rasulullah... maka jagalah akhlak dan peribadi...
BalasPadam