Assalamualaikum dan Salam Alam Maya,
Had Umur Belia berusia 15 – 30 Tahun? Mulai tahun hadapan nampaknya aku telah menjadi seorang Belia Tua la. Maka sila sedar diri bahawa diri sudah tua (Dikemaskini pada 6 Oktober 2016)
Sebenarnya aku terdengar perbualan dalam mesyuarat di Sri Medan, Batu Pahat, Johor dan ada wakil Kementerian Belia dan Sukan memberi pandangan dan salah satu isi percakapanya ialan ‘Had umur Belia adalah bermula 18-30 Tahun’. Kemudian aku Google dan terjumpa artikel daripada Akhbar Utusan bertarikh 18 November 2014 berkaitan Had Umur Belia yang baru ni. Jadi betul lah, cuma aku tak up-to-date tentang perkara ini.
Bermula pada Tahun 2018, Had Umur Belia adalah 15 – 30 tahun di mana sebelum ni Had umur Belia adalah 19 – 40 tahun. Istilah belia adalah mungkin berbeza mengikut Negara atau dasar negara lain. Secara umumnya, Belia ini adalah ‘remaja’ atau ‘pemuda’ atau ‘kanak-kanak dewasa’
Usia di mana seseorang itu dianggap "belia" berbeza-beza di seluruh dunia:
- Belia... mereka yang berumur antara 19 hingga 29 tahun. - Perhimpunan Agung PBB
- Waktu di antara alam kanak-kanak dan dewasa. Istilah "belia" secara umumnya merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 25. - Bank Dunia.
- Program Belia Komanwel bekerja bersama "orang muda (berumur 19-29)."
- Belia di Malaysia ditafsirkan sebagai seseorang yang berumur 16 hingga 40 tahun.
Rujukan Wikipedia/belia
Secara peribadi aku ( blogger iqbalabs), perubahan Dasar tentang had umur belia ini adalah baik seperti tertulis di dalam artikel Utusan ‘mempercepatkan proses ‘keremajaan’ kepimpinan negara’ Kanak-kanak zaman sekarang sudah seiiring dengan perkembangan teknologi terkini sehingga seperti dunia di hujung jari. Dengan pendedahan ini dapat mematangkan mereka di dunia yang serba pantas, Masalah sosial melibatkan muda belia semakin kerap kedengaran.
Dengan mempercepatkan proses had umur belia agar dapat pendedahan yang lebih meluas untuk bakal-bakal pemimpin dunia akan datang.
Had umur belia 15-30 tahun bermula 2018
Percepat proses ‘keremajaan’ pimpinan negara
LILIS SURIANI OMAR | 18 November 2014 2:00 AM
KUALA LUMPUR 17 Nov. - Draf Dasar Belia Malaysia (DBM) yang akan dibentangkan awal tahun hadapan bagi menggantikan dasar sedia ada akan mengusulkan pindaan takrifan umur belia kepada 15 hingga 30 tahun sebagai intipati penting dalam perubahan dan penambahbaikan, seiring dengan keperluan semasa belia.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, perubahan daripada had umur asal iaitu 15 hingga 40 tahun tersebut bertujuan memberi peluang kepada generasi yang berumur di bawah 30 tahun menerajui pimpinan dan mencorak masa depan sejajar perkembangan transformasi negara.
“DBM akan menggantikan Dasar Pembangunan Belia Negara yang digubal pada 1997 dengan beberapa kerangka pembaharuan termasuk aspek kumpulan fokus, pemantauan terhadap program-program belia serta takrifan baharu umur yang dijangka dilaksanakan bermula 2018 selepas dibentang dan dipersetujui dalam Kabinet.
“Dalam tempoh tiga tahun lagi, kita akan melalui proses persediaan pelaksanaan menerusi program-program pemantapan di peringkat akar umbi supaya mereka yang berumur lingkungan 20-an bersedia mengambil alih tampuk kepemimpinan,” katanya dalam sidang akbar selepas merasmikan majlis Perundingan Belia Negara Sidang IV Penggal Ke-29, di sini hari ini.
Jelas Khairy, langkah itu dilihat perlu bagi mempercepatkan proses ‘keremajaan’ pimpinan negara dengan memberi ruang lebih besar kepada pemimpin pelapis untuk menerajui pertubuhan belia selain mengikut norma antarabangsa di kebanyakan negara yang mentakrifkan belia sebagai mereka yang berusia 30 tahun ke bawah.“Sudah tiba masa kita beri kepercayaan kepada golongan ini untuk ke depan. Dalam jangka masa ini, pada 2018 nanti akan ada perubahan melibatkan semua organisasi yang berdaftar di bawah Pendaftar Belia,” katanya.
Dalam perkembangan lain katanya, cadangan pembinaan Bandar Belia 1Malaysia dengan peruntukan RM100 juta pada tahun hadapan sedang diperhalusi pelaksanaannya khusus untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada anak muda termasuk pusat beli-belah, sukan, kerohanian dan perumahan mampu milik.
“Teorinya bandar belia ini adalah untuk golongan belia maka mereka yang sudah melebihi umur ditetapkan perlu memberi ruang kepada generasi muda yang lain. Mungkin model pelaksanaan rumah transit boleh diguna pakai untuk mengurangkan beban isu pemilikan rumah dalam kalangan belia,” jelasnya.
Sementara itu, mengulas pra-persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM) yang akan dilaksanakan 30 November hingga 4 Disember ini, Khairy berkata, persiapan sedang giat dijalankan bagi memastikan kelancaran program itu sebelum bersidang di Parlimen pada 10 dan 11 Januari tahun hadapan.
“Persidangan PBM akan dilaksanakan tiga kali setahun, justeru semua ahli diharap dapat memanfaatkan ruang dan peluang yang ada dengan sepenuhnya untuk sama-sama meningkatkan pembangunan belia di Malaysia memandangkan ia adalah platform sesuai bagi menyuarakan idea serta pandangan,” katanya.
KEMASKINI TAHUN 2023 | KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 bertujuan antara lain menurunkan had umur dalam takrif belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun, diluluskan Dewan Negara 24 Julai 2019. (Sumber Berita Harian)
Saya amat menghargai perkongsian pendapat, soalan, atau apa sahaja yang anda rasa relevan. Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan blog ini sebagai medium yang bermanfaat untuk semua.
emel
Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita terus berhubung dan saling menginspirasi.
Salam hormat,