Putrajaya : Kolam Renang Indoor (Dalam Bangunan)

2024 Ogos 11 (Ahad) - Kolam adalah tempat 'escape' saya dari dunia realiti. Maklumlah dari kecil membesar di kampung dan selalu mandi sungai. Sampai ke dewasa dan anak dua ni, kolam sememangnya 'evergreen' bagi saya dan memang ajak dan galakkan anak untuk mandi kolam. Sebelum ini ada beberapa kali posting Facebook dari Marina Putrajaya tentang Kolam renang indoor Marina Putrajaya ini walaupun sudah beberapa kali sampai ke situ tapi tak terfikir pula ada kolam renang di sini!

Kelebihan yang membuatkan saya tertarik untuk mandi kolam di sini adalah sebab ia ada 4 sesi (rujuk jadual). Pada mulanya saya plan nak mandi sesi malam, tapi bila dan sampai rumah dari kerja dan sekolah petang anak pun sekitar 6.30 petang, maka tak sempat nak terus bergerak untuk sesi malam. Sudah lama saya merancang nak pergi sini, oleh kerana kami belum ada pakaian kolam yang sesuai, maka saya pun order pakaian renang yang sesuai dari Shopee. pakaian renang anak saya beli di Aeon Mall sebab senang nak ukur saiz badan. Risau sangat nak beli online takut tersalah kecil atau besar. Takpe la. baju renang nak pakai lama ni, berbaloi untuk beli.

Jadual Operasi Kolam Marina Putrajaya

Senarai harga tiket Fasiliti

Kemudian saya plan pada hujung minggu (Ahad), saya datang ke Kolam Marina Putrajaya buat pertama kali dengan anak-anak. Senang sikit pada waktu hujung minggu walaupun kemungkinan orang akan ramai, tapi yang penting diri sendiri relaks dan tenang dan santai. Harga tiket pun kira murah dan berpatutan juga. Bila masuk ke kolam sana baru faham kenapa harga macam tu.

Pada hari ahad, saya plan ambil Sesi Petang (Sesi 3: 4.30 - 7.00 PM), kami bergerak dari rumah sebelum Asar dan memang merancang nak Solat Asar di sini, nak tengok macam mana keadaaan Surau dia. Marina Putrajaya ni terletak dekat jalan nak ke PICC dan Kompleks Air Putrajaya. Sebelum ni kami biasa pergi ke Pantai Buatan Putrajaya ni, memang akan lalu Marina Putrajaya.

Dalam tandas/ bilik persalinan.

Siap pasang tag gelang tangan untuk masuk.
 
Kawasan masuk di situ berpalang, saya guna Apps Flexi Parking (FP)Sekitar jam 5.00 petang kami daftar masuk di kaunter untuk sesi renang sahaja. Dewasa RM5 dan Kanak-kanak RM3. Harga pun okay la tu untuk sekadar mandi kolam sahaja. Sebelum kami teruskan mandi kolam, kami Solat Asar terlebih dahulu di Surau aras bawah B1, Kawasan agak luas, surau pun selesa untuk solat. Selepas Solat, kami tukar pakaian di Tandas/Bilik Persalinan (Tandas dan Bilik persalinan di dalam tempat yang sama). Kemudian, kami naik lif ke Aras 1 dan disitulah Kolam Renang Indoor (Dalam Bangunan)! Marina Putrajaya!! 


Beginilah keadaan Kolam Renang Indoor (Dalam bangunan), Aras 1 di Marina Putrajaya. Kolam binaan lebih kurang 50 meter dengan 5-8 lane untuk berenang dengan kedalaman 1.2 meter. Di sebelah hujung kolam, ada kolam khas untuk kanak-kanak lebih kuran 1-2 kaki sahaja kedalamannya. Sesuai untuk anak-anak merasa bermain air. Mungkin sasarannya adalah kolam utama yang luas, sesuai untuk sesiapa yang hendak bersenam renang bebas tapi pada masa yang sama inginkan anak-anak turut menikmati kolam renang.

Dengan kedalaman kolam utama 1.2 meter, kanak-kanak memang perlukan jagaan rapi. Ada pengawal kolam standby untuk beri amaran dan menjaga keselamat pengunjung. Tapi tidak bermaksud kita lupa diri berseronok dalam kolam. Pengunjung memang ramai sangat. Mungkin ada tidak perasan jika terlanggar semasa menyelam atau berenang.

Oleh kerana cuaca ketika itu adalah mendung dan baru selepas hujan tak silap, air kolam memang terasa sejuk sekali. Anak-anak pun tak tahan nak mandi lama sebab terlalu sejuk. Kebiasaan kolam outdoor (luar bangunan) akan ada terasa panas sebab cahaya matahari. Mungkin Kolam ini dalam bangunan dan berbumbung, maka haba cahaya matahari tak dapat diserap untuk panaskan air. Mungkins sebab itu ada sesetengah kolam dalam bangunan ada pasang pemanas air untuk beri keselesaan kepada pengunjung.


Sumber rujukan: https://www.facebook.com/marinaputrajaya.mpsb/posts/pfbid0ShhF4BFx1DSVugmrDafehypPRge7B1wdqN2d7c9XxVZJgsZzeAodffy57gAXipNhl

Iqbalab Mii Journal

Meet an introverted eccentric and loving father of two boys. Passionate about science, nature, and the art of nurturing plants, he uniquely combines these interests in his captivating stories. As a dedicated "plant dad," he finds solace and joy in the quiet companionship of his leafy friends. Through his writing, he invites you to join his journey, sharing heartfelt stories that intertwine his role as a father, his fascination with the natural world, and his camaraderie with fellow plant enthusiasts. Join him in exploring the intricate tapestry of life, where science, nature, and the bonds of fatherhood converge in beautifully woven narratives.

1 Ulasan

Saya amat menghargai sokongan yang diberikan dan berharap dapat terus berhubung dengan anda semua melalui platform ini. Setiap komen adalah inspirasi buat saya untuk terus menulis dan berkongsi ilmu. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan bersama-sama kita belajar serta berkembang.

Jangan segan untuk berkongsi pendapat, soalan, atau apa sahaja yang anda rasa relevan. Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan blog ini sebagai medium yang bermanfaat untuk semua.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita terus berhubung dan saling menginspirasi.

Salam hormat,

  1. best nyaaa ada kawasan macam ni...
    rasa nak ikut sekali berenang kat sana hahaha

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama