Assalamualaikum dan Salam Alam Maya,
Selepas dari akak kaunter keluarkan slip, kemudian pergi ke Bahagian Ambil Gambar.
Sudahla pakai biasa-biasa je walaupun baju kerja office, nak ambil gambar permanent IC lak.. tak kisah la asalkan siap...Dan snap sekali..tengok..minta ambil sekali lagi.... kira okay la tu....
Aku rasa mungkin patut asingkan kad TNG dengan IC takut berlaku kes macam ni, dan aku selalu guna Smartag, nak keluar-masuk lagi kan...
Maka, episod penantian pun bermula dan Dokumen Pengenalan hijau ni hendaklah di bawa sentiasa dan boleh di lipat sementara nak menunggu Kad Pengenalan siap.
Dalam website JPN ni juga ada Satu Form untuk Sistem Gantian MyKad
Nak
cerita pasal Cip pada Kad Pengenalan ni. Memang dalam lama Kad
Pengenalan ni tersimpan dalam dompet tapi memang teramat jarang untuk
kita guna Cip ni. Aku juga jadikan Kad Pengenalan ni sebagai kad Touch N
Go, jadi bila guna TNG tu tiada masalah la di Lane TNG atau Smart Tag.
![]() |
| PERKONGSIAN INFO : JENIS-JENIS KAD PENGENALAN MALAYSIA 1. MyKAD - Kad Pengenalan Malaysia 2. MyPR - Kad Pengenalan Pemastautin Tetap 3. MyKAS - Kad Pengenalan Pemastautin Sementara Jom SITI ingatkan semula jenis-jenis Kad Pengenalan Malaysia. Mungkin ada yang sudah lupa. MyKAS ada tempoh sah laku 5 tahun dari tarikh dikeluarkan. Sumber Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia |
TEBUS SIJIL SIMPANAN PREMIEUM (SSP) BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
Alkisahnya aku terima Slip Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN)
dan nak tebus di BSN ni, bila sampai di Kaunter, Penjaga tu try
cucuk-cucuk Kad Pengenalan pada dia punya reader beberapa kali masih tak
dapat detect.
"Encik, Cip IC ni rosak kot..kalau IC ni tak dapat baca memang tak boleh buka SSP ni...
Encik pergi ke JPN kata nak buat IC sementara. Kad KPPK **KPPK 09 tu merujuk kepada IC sementara."
Oleh kerana waktu tengahari tu tak sempat, jadi bersambung keesokkan harinya.
Waktu lunch tengahari aku pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
di Sri Serdang, Selangor (Berhampiran dengan Medan Makan Baru Sri
Serdang. Dekat dengan Bengkel Motor). Bila masuk dalam tu memang tiada
sesiapa, aku seorang sahaja, jadi tiada masalah menunggu.
KAD PENGENALAN SEMENTARA
Tapi
bagi nak ikut prosedur, kenalah ambil Nombor Giliran dan 10 saat
selepas itu terus di panggil. Bila dia cek IC pada Chip Reader memang di
sahkan rosak. (tak tahu lah macam mana di katakan rosak, sebab
duduk-duduk atas wallet ke..bergesel sana sini..)
Kakak
Penjaga kaunter tu bagitau, Waranti Cip Pada IC tu cuma valid setahun
sahaja, selepas itu perlu bayar RM10. Oleh kerana dah lama buat IC tu
diperbaharui, maka tertamat lah waranti tersebut.
Selepas dari akak kaunter keluarkan slip, kemudian pergi ke Bahagian Ambil Gambar.
Aku: "Akak..gambar ni permanent ke pada IC?"
Akak gambar: " Ye la.permenant la..."
Sudahla pakai biasa-biasa je walaupun baju kerja office, nak ambil gambar permanent IC lak.. tak kisah la asalkan siap...Dan snap sekali..tengok..minta ambil sekali lagi.... kira okay la tu....
Kemudian
bila selesai tangkap gambar, akak tu keluarkan Slip warna hijau cerah
ni sebagai Kad Pengenalan Sementara (KPPK 09). Dokumen Pengenalan
Sementara ni cuma valid 3 Bulan.. Kena simpan elok-elok sebab nanti
semasa nak dapatkan Kad Pengenalan yang dah siap kena bawa la benda
hijau ni...Katanya siap dalam masa 2 minggu, kalau nak cepat kena pergi
ke cawangan lain.. Mungkin ini cuma cawangan kecil, dan kena rujuk ke
kemudahan cawangan lain juga.
TOUCH N GO PADA KAD PENGENALAN
Berbalik
kepada Isu TNG pula, oleh kerana aku menggunakan Kad Pengenalan sebagai
TNG Kad, maka segala baki duit ada dalam data kad tersebut. Minta pada
penjaga kaunter JPN untuk rujuk Data TNG pada IC ni (takut nanti hangus
duit TNG ni kalau guna kad baru).
Akak
JPN tu godek-godek dalam dia punya sistem, lepas tu akan terkeluar la
satu slip, simpan slip ni elok-elok, bawa slip ni ke Kaunter TNG untuk
transfer baki yang ada dalam IC ke Kad TNG yang baru (atau tetap nak
guna IC)Aku rasa mungkin patut asingkan kad TNG dengan IC takut berlaku kes macam ni, dan aku selalu guna Smartag, nak keluar-masuk lagi kan...
Maka, episod penantian pun bermula dan Dokumen Pengenalan hijau ni hendaklah di bawa sentiasa dan boleh di lipat sementara nak menunggu Kad Pengenalan siap.
Dalam website JPN ni juga ada Satu Form untuk Sistem Gantian MyKad
Tags:
gaya-hidup


