Iqbalab Mii Journal

Hiburan : Lirik Lagu Sindir Pedih -EH-Zizi Kirana

Lagu sindir sindir-menyindir kerap dikeluarkan oleh komposer/artis bersesuaian dengan zaman sekarang, lebih-lebih lagi dikalangan netizen yang suka 'membawang'. Lagu 'Eh' ini sudah dikeluarkan pada Oktober 2019 yang lepas dan Musik Video Zizi Kirana - Eh setakat 5 Mac 2020 ini telah mencapai 7 Juta tontonan. Dalam video muzik Eh juga ditampilkanpenyanyi rap dan komposer, Altimet serta pengacara majlis pondan, Viviana. Melodi dengan elemen muzik tradisional Melayu menambah keunikan lagu ini.

kalau dengar setiap lirik-lirik ini memang pedas menyindir yang suka membawang, mengata belakang ini.

LIRIK LAGU 'EH' OLEH ZIZI KIRANA.

Sendiri mau ingat
Rambut sendiri sikat
Kusut lama tak sihat
Bagaimana dengan kamu?

Sendiri boleh kira
Meroyan itu gila
Tanya diri sampai bila
Nak jaga tepi kain aku?

Sakit hati semua nak luah
Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah
Kecam orang lain sendiri taknak ubah
Eh (x 6)

Mari Mari membawang
Pasang telinga pasang
Kau ada citer aku ada citer
Mari kita berdagang

Asah asah lidah
Usah susah natijah
Bukak tutup telinga mulut … Eh
Kita hebahkan ghibah

Zizi itu zizi ini
Dulu suka sekarang benci
Makin banyak kena lanyak
Bila zizi keluar tv

Beras dapur engkau takkan jadi nasi aku
Jadi iri hati engkau bukan sakit hati aku

Sakit hati semua nak luah
Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah
Kecam orang lain sendiri taknak ubah
Eh (x 6)

Mari kita kecam
Cerita hangat semalam
Si dia tu si dia ni si fulan
Resam kita lepaskan geram

Bisik bisik bisik
Bukan sikit sikit
Tak payah risik risik
Kisah kelambu terkeluar bilik

Dia ini dia itu
Takde segan hilang silu
Yang ni bini skandal situ
Yang tu putus haru biru

Suruh laki engkau tolong jangan follow aku
Kenapa? Sebab tu laki engkau itu bukan jodoh aku

Sendiri mau ingat
Rambut sendiri sikat
Kusut lama tak sihat
Bagaimana dengan kamu?

Sendiri boleh kira
Meroyan itu gila
Tanya diri sampai bila
Nak jaga tepi kain aku?

Sakit hati semua nak luah
Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah
Kecam orang lain sendiri taknak ubah
Eh (x 6)

Zizi masih kat sini
Masih lagi berdiri
Masih cukup rezeki
Jemput makan hati

Tak cukup asam garam
Kau masih tak tenteram
Tak tahan tengok pejam
Kalau hasad sila kecam

Kecam kecam kecam sampai lebam
Kita kecam kecam kecam sampai lebam
Kita kutuk kutuk kutuk kutuk sampai besok
Kita kutuk kutuk kutuk sampai besok

Sakit hati semua nak luah
Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah
Kecam orang lain sendiri taknak ubah
Eh (x 6)


Lagu: Eh
Penyanyi: Zizi Kirana
Komposer: Navigator & Zizi Kirana
Lirik: Mambang & Zizi Kirana

Terbitan & edaran: WebTVAsia Sdn Bhd
Iqbalab Mii Journal

Seorang introvert yang melalui hari-hari dengan dengan gaya hidup dengan memerhati dengan pemikiran yang subjektif. bapa kepada 2 anak lelaki yang sedang membesar. Seorang sukakan alam semulajadi, haiwan dan tumbuhan. Berfikiran logik dan saintifik disebalik kebanyakkan perkara

1 Ulasan

Saya amat menghargai perkongsian pendapat, soalan, atau apa sahaja yang anda rasa relevan. Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan blog ini sebagai medium yang bermanfaat untuk semua.
emel

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita terus berhubung dan saling menginspirasi.

Salam hormat,

Terbaru Lebih lama