Tempat Menarik : Naik Bot Tasik Kenyir Bebas Cukai

21 Jun 2020 - Setelah sekian lama kita lalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditambah Hari Raya Aidilfitri 2020 pula diarahkan oleh pihak Kerajaan untuk tidak balik ke kampung halaman masing masing kerana Pandemik Corona Virus 2019 (COVID-19) yang sedang melanda dunia. Apabila Malaysia sedikit lega dengan penurunan kes positif jangkitan dan kerajaan mengumumkan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri, maka berpusu-pusulah rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman. Sebetulnya setiap rakyat yang merantau sentiasa merindui kampung halaman mereka. Bagi saya dan keluarga pula pulang sedikit lewat dari kebanyakkan rakyat Malaysia, jadi jalan tak berapa sesak sangat. Oleh kerana berjodoh 2 negeri (Pahang dan Terengganu), dan untuk memudahkan perjalanan kami bergerak pulang ke Pahang dahulu dan kemudian ke Terengganu tercinta!!!

gambar seashell kerangan laut di atas pasir
 Perkara yang dirindui di Terengganu adalah PANTAI!! Walaupun pantai di pesisiran Terengganu menjadi semakin kurang berkualiti kerana banyak pembangunan dijalankan di pesisiran pantai dan menjadikannya terhakis. Maka kerajaan negeri melaksanakan beberapa alternatif untuk mengelakkan hakisan pantai seperti benteng pemecah ombak dan menambah pasir di pantai, Jadi, jika sebelum ini anda pernah merasa pasir pantai yang halus selembut sutera di pantai Terengganu; kali ini pasir selembut sutera telah berukar jadi sekasar guni. Kerangan laut pun dah tak banyak yang menarik, kaca laut lagilah tiada. Agak sukar bagi saya nak meneruskan HOBI mengumpul KACA LAUT (atau dikenali sebagai 'Sea Glass') dan kerangan laut (Sea Shells) bagi projek Kraftangan Terengganu.

gambar ayah anak bergambar latar belakang drawbridge terengganu
 Struktur Binaan Terengganu yang paling viral dan menjadi tumpuan masa kini : JAMBATAN ANGKAT atau DRAWBRIDGE of TERENGGANU.!! Bila lalu di sekitar sini agak sukar untuk bergambar cantik sebab di jalan masih ada binaan dalam proses; nak melayan kerenah anak-anak yang agak aktif dan merengek serta ramai orang dan masa bercuti tak lama untuk meluangkan masa di sini. Bergambar sekadar kenangan sahaja, alang-alang baru lepas makan Ikan Celup Tepung di Pantai Teluk Ketapang dan balik ke rumah melalui jalan bandar walaupun agak sesak sejak pembangunan di Terengganu makin maju.

Bila kami balik kampung Terengganu tak banyak tempat nak pergi jadi ke mana yang dicadang menarik, di situlah kami Pergi! Lokasi Duty Free Kenyir yang sebelum ini pernah dengan khabar tapi tak pernah pergi ke sana. Mak saudara kami pun merancang untuk ke sini. Oleh kerana masih dalam PKPP, banyak lokasi masih tidak beroperasi. Dengan perjalanan mengambil masa 1 jam sahaja menaiki kereta di Terengganu tak berapa risau sangat kerana tiada sesak, cuma perlu lalu jalan kampung.

dua kanak kanak bergambar di tasik kenyir
Setiba di pintu gerbang Kenyir, Terengganu agak kagum dengan struktur dan jalan baru. Di pintu masuk ada pengawal mengambil suhu dan bayar caj masuk (saya tak berapa ingat tapi dalam RM1 seorang kot..tapi tak mahal lah). Kami terus menujuk ke area dikatakan 'Duty Free'/Bebas Cukai tersebut dan agak kecewa dengan saiz lokasi (sekadar tak seperti dijangka tapi bukanlah nak mengutuk.. Kenyir pun bukan lokasi seperti perlabuhan. Kebanyakkan yang datang sini untuk memancing dalam Boat House disediakan. Maka kami naik bot sewa sahaja dengan kadar sewa dalam RM50 untuk 30 minit lebih kurang, ronda-ronda sekitar tasik sahaja. Ada Taman rama-rama di salah satu pulau di Tasik Terbesar di Malaysia ni tapi tutup disebabkan oleh PKPP, jadi kami roda dalam bot sahaja,
gambar selfie ayah dan anak dalam bot
 Ini adalah kali kedua Irfan (3 tahun 9 bulan) dan kali pertama Imran (2 tahun 3 bulan) naik bot. Sentiasa beringat untuk pakai jaket keselamatan walaupun tuan bot tidak ingatkan. Kita sebagai penumpang yang kena sentiasa beringat. Alhamdulillah dua-dua anak tak terlalu penakut untuk naik bot, mungkin sebab ada papanya kot.


ayah dan anak bergambar dalam bot kenyirayah dan anak bergambar dalam bot kenyir

ayah dan anak bergambar dalam bot kenyir


 Sepanjang kami meronda di tengah empangan Tasik Kenyir ini, ada beberapa binaan masih dalam pembangunan dan mungkin Kenyir boleh dimeriahkan lagi dengan aktiviti pelancongan jika pelancong boleh berseronok dalam air dengan selamat . (dengar kata dalam Tasik Kenyir ni ada ikan sebesar kereta kancil!! ada keluar dalam Majalah Mustika yang pemancing nampak ikan sebesar kereta menyambar monyet yang tengah bergayut kat pokok)

Tuan bot ada sebut sesuatu tentang pembinaan jambatan ini tapi saya tak berapa ingat apa yang disebut. Kalau tengok struktur jambatan ni akan menjadi jambatan yang gah di Kenyir ini,
jambatan kenyir belum siap


gambar kedai tutupkedai bebas cukai di kenyir

Kawasan kedai Bebas Cukai Kenyir beroperasi dengan norma baru, pelanggan untuk masuk ke kedai pun dihadkan untuk penjarakan sosial. Jikan anda pernah ke Pulau Bebas Cukai Langkawi, mungkin rasa sedikit kecewa di Bebas Cukai Kenyir sebab hanya beberapa kedai sahaja. Sesuailah dengan lokasi dan area sekitar yang tak berapa luas. Boleh untuk melepas lelah di gerai makan atau nak beli barangan kaca, pinggan mangkuk, coklat,

kedai bebas cukai di kenyirkedai bebas cukai di kenyir

 Kami tak berada lama di sini, selepas itu berhajat nak ke Pusat Santuari Pemuliharaan Gajah Kenyir tapi tidak beroperasi pada norma baru PKPP ini. Kemudian kami makan tengahari di satu kedai masakan melayu berlauk di Kuala Berang dan balik.




Iqbal's Lab Journal

Meet an introverted eccentric and loving father of two boys. Passionate about science, nature, and the art of nurturing plants, he uniquely combines these interests in his captivating stories. As a dedicated "plant dad," he finds solace and joy in the quiet companionship of his leafy friends. Through his writing, he invites you to join his journey, sharing heartfelt stories that intertwine his role as a father, his fascination with the natural world, and his camaraderie with fellow plant enthusiasts. Join him in exploring the intricate tapestry of life, where science, nature, and the bonds of fatherhood converge in beautifully woven narratives.

3 Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.

  1. Sebenarnya kan.. Bukan la nak kata..kan..

    Tapi kat terengganu, pantang tempat tu terkenal je mula la semua nak letak harga mahal.

    Padahal ada tu tempat sama lebih kurang je macam kat negeri lain.

    Kalau nak jalan2 ke sekeluarga langkawi bawak 2000 dah cukup. Tapi kalau ke Terengganu 4000 pun masih berpeluh.. Hahah

    BalasPadam
  2. seronoknya kan dapat balik kg ^^

    BalasPadam
  3. best kn spend time dengan family..
    good day^^

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama