Cara Nak Refund (Request) Kad Touch N Go (2023)

Kad Touch 'n Go mula diperkenalkan pada tahun 1998. Sejak itu, ia telah menjadi salah satu kad prabayar yang paling popular di Malaysia. Masa sekarang, Kad TNG ibarat suatu kad yang wajib ada terutamanya untuk penduduk di bandar-bandar walaupun teknologi semakin canggih dan kebanyakkan semakin ke arah MyDebit/Visa/Mastercard (Kad ATM atau Kad Kredit) atau Kad Pengenalan juga boleh diguna sebagai Kad Touch N Go lebih senang dan takkan lupa dah letak Kad TNG kat mana dah. Dulu-dulu banyak Kad Keahlian yang ada sekali fungsi TNG. Untuk tahu sejarah transaksi, kita boleh memeriksa sejarah transaksi kad TNG anda dengan log masuk ke dalam akaun MYTouchnGo. Yang penting kena tambah kad dalam akaun Touch n Go website.


Touch 'n Go boleh disambungkan dengan Touch 'n Go eWallet atau Touch 'n Go Website portal untuk melihat sejarah transaksi dan baki kad. Biasanya saya link-kan untuk lihat transaksi sebab nak buat tuntutan perjalanan dengan majikan. Masalah Kad TNG ini adalah baki dia tidak boleh dikeluarkan atau di pindahkan. Sebelum ini saya guna kad Pengenalan sebagai Kad TNG, kemudian Kad IC berkenaan rosak dan digantikan. Maka baki Kad TNG guna Kad IC sebelum tu tak dapat guna walaupun jumlahnya sekitar RM30 sahaja. RM30 Kad TNG dikira banyak juga sebab nak bayar tol, parking. Walaupun dah bertahun kad berkenaan tidak digunakan, oleh kerana masih ada rekod di dalam Sistem Portal TNG , masih boleh lihat baki tanpa boleh buat apa-apa. Maka saya baru terlintas untuk cuba buat refund melalui Portal Web TNG. 

Cara-Cara nak Reques Refund Kad Touch n Go Melalui Web Portal TNG


1. Pastikan Kad tersebut sudah didaftarkan dan ditambah di dalam portal berkenaan. Jika tiada, susah la kena pergi ke Touch n Go Center untuk berurusan. Daftar masuk dalam Web Portal TNG.
2. Pilih 'Setting' sebelah kiri dan klik 'Request Refund'
3. Pilih jenis 'Request Refund'. ada 3 pilihan. (1) Card Termination (Penamatan Kad), (2) Missing Value (Duit Hilang), (3) Overcharged-Penalty (Terlebih Caj). Tapi saya Pilih Card Termination sebab memang kad itu saya sudah tidak guna.
4. Kemudian Pilih Kad yang berdaftar untuk tamatkan perkhidmatan.
5. Pilih Sebab Terminatation (Penamatan). ada 6 sebab untuk dipilih. 
(i) Voluntary termination (sukarela)
(ii) Lost (hilang)
(iii) Stolen (dicuri)
(iv) Dormant (Lama tak guna)
(v) Bad chips/ Faulty (Masalah fizikal kad)
(vi) Expired card (Kad tamat tempoh)

6. Kemudian pilih tempat untuk duit itu ditransfer dari TNG. Samaada Akaun Bank atau Duit Now. Untuk bank cuma perlu pilih Bank dan Nombor Akaun. Tapi saya Pilih Duit Now yang telah link dengan Touch n Go e-Wallet saya.




7. Selepas itu cuma tekan 'SUBMIT' dan akan keluar notis pop-up macam di bawah.

8. Masa saya buat, cuma mengambil masa 1 hari bekerja sahaja dan dipindahkan ke akaun Touch N Go e-Wallet saya dengan 3 kad TNG yang saya tamatkan perkhidmatan. (1) Kad Pengenalan lama (2) Kad TNG Watson & (3) Kad Plusmiles.

Tapi selepas dah terminate kad TNG, sejarah Kad masih ada dalam portal TNG tu, tiada butang untuk remove kad, cuma ada bahagian Kad Aktif (Active) dan Kad TIdak Aktif (Inactive) sahaja.

Iqbalab Mii Journal

Meet an introverted eccentric and loving father of two boys. Passionate about science, nature, and the art of nurturing plants, he uniquely combines these interests in his captivating stories. As a dedicated "plant dad," he finds solace and joy in the quiet companionship of his leafy friends. Through his writing, he invites you to join his journey, sharing heartfelt stories that intertwine his role as a father, his fascination with the natural world, and his camaraderie with fellow plant enthusiasts. Join him in exploring the intricate tapestry of life, where science, nature, and the bonds of fatherhood converge in beautifully woven narratives.

Catat Ulasan

Saya amat menghargai sokongan yang diberikan dan berharap dapat terus berhubung dengan anda semua melalui platform ini. Setiap komen adalah inspirasi buat saya untuk terus menulis dan berkongsi ilmu. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan bersama-sama kita belajar serta berkembang.

Jangan segan untuk berkongsi pendapat, soalan, atau apa sahaja yang anda rasa relevan. Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan blog ini sebagai medium yang bermanfaat untuk semua.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita terus berhubung dan saling menginspirasi.

Salam hormat,

Terbaru Lebih lama