Jerebu Oh Jerebu : Sebab, Kesan dan Nasihat Kesihatan

Its monday! and Monday Blues to all!! Aku baru jer balik dari outstation di Selangor (Ada event Team Building di Agrotek Resort, Hulu Langat, Selangor selama 2 Hari 1 Malam). Alang-alang dah sampai ke belah sana walaupun jerebu sana sini situ suti..merayau-rayau la di sekitar Shah Alam, Selangor dengan Index Pencemaran Udara (IPU) sekitar masih bawah 150 lagi..tapi tengok dari jauh memang nampak agak teruk!! Bukan selalu boleh keluar dari Kangar, Perlis ni...Sekali sekala meluaskan minda...

Untuk 150 IPU, aku tak ler buat aktiviti luar pun.. cuma aktiviti dalam bangunan jer seperti tengok wayang, window shopping, tengok orang, tengok dinding, tengok baju pakaian yang tak mampu beli... semua tengok jer!
 Since sekarang dah memasuki zaman jerebu.. jadi kita update la sedikit pasal jerebu ni....

[SUMBER BERITA] Punca-Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada;
  • Pembakaran secara terbuka
  • Asap dari kilang
  • Asap dari kenderaan
  • ASAP ROKOK SEGEROMBOLAN PEROKOK YANG BERPAKAT MEROKOK SEMPENA TAHUN-TAHUN MENGHISAP ROKOK.
  •  SEBAB ADA GOLONGAN SURI RUMAH YANG TERLEKA BERGOSIP DAN TERTINGGAL MASAKAN SAMPAI HANGIT DI DAPUR..
  • SEMUA ORANG MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK NAIK KENDERAAN BERMOTO, BERASAP SORANG SATU DAN TAKNAK KONGSI.
  • BANYAK KILANG PROSES KAYU ARANG DI MALAYSIA.
Hindari daripda perbuatan yang boleh menyebabkan jerebu Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagal panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
Status Pencemaran
Indeks Pencemaran Udaran (API)
Batas Aktiviti
Penggunaan Penutup Hidung & Mulut *(Mask) Apabila  Berada Di Luar
Sederhana
51-100
Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan pekerja
Tak Perlu
Tidak Sihat
101-200
Pekerja yang berpenyakit, melakukan kerja-kerja di luar (outdoor work) dalam jangka masa yang panjang  dan  melakukan kerja-kerja berat (vigourous) dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar (outdoor activities)
 
Penggunaan dinasihatkan
Sangat tidak menyihatkan
201-300
Operasi luar (outdoor operation) perlu dihadkan semungkin yang boleh bagi semua golongan pekerja
Penggunaan dinasihatkan
Bahaya
310-500
Dinasihatkan operasi luar diberhentikan

Penggunaan
digesa
Darurat
500 ke atas
Ikut arahan Majlis Keselamatan Negara dan perkembangan semasa melalui media massa
* Penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai digunakan semasa jerebu adalah jenis N95.
  • Pastikan bekalan penutup hidung dan mulut (mask) bagi pekerja yang memerlukannya adalah mencukupi.
  • jerebu, penutup hidung dan muka, kreatif

  • Pastikan penutup hidung dan mulut (mask)  yang sesuai diberikan kepada pekerja yang memerlukannya
  • Pastikan pekerja menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) dengan betul
  • Nasihatkan pekerja supaya tidak merokok
  • Sekiranya pekerja terdedah kepada bahaya kemalangan akibat jarak pandangan yang kurang disebabkan jerebu yang tebal, pastikan mereka memakai pakaian pantul cahaya (’reflector’). Contohnya semasa menunggang motorsikal, bertugas di jalan raya atau kawasan pembinaan.
  • Pastikan tempat kerja mempunyai bekalan air minum yang bersih dan mencukupi bagi pekerja(atau bawa bekal)
  • Pastikan pekerja-pekerja dirujuk ke klinik-klinik untuk pemeriksaan sekiranya pekerja mengalami tanda-tanda dan gejala kesan jerebu.
  • Pastikan sentiasa mendengar  berita terkini dan nasihat pihak berkuasa melalui TV, radio dan akhbar berkaitan dengan jerebu
  • Berikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi menangani masalah jerebu.

face mask, jerebu, penutup muka, penutup hidung

Jerebu Mengancam Kesihatan Anda.

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
1. Kanak
2. Orang tua
3. Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
4. Perokok
5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda Dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada. 
lawak, jerebu, ultraman
Ni la Malaysia......ishkk.ishkkk....

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya unda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
Cegahlah Penyakit Akibat Jerebu. Ikuti Nasihat Berikut:
  • Mereka yang mengalami penyakit penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang didalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan diluar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

1 Ulasan

Saya amat menghargai sokongan yang diberikan dan berharap dapat terus berhubung dengan anda semua melalui platform ini. Setiap komen adalah inspirasi buat saya untuk terus menulis dan berkongsi ilmu. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan bersama-sama kita belajar serta berkembang.

Jangan segan untuk berkongsi pendapat, soalan, atau apa sahaja yang anda rasa relevan. Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan blog ini sebagai medium yang bermanfaat untuk semua.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita terus berhubung dan saling menginspirasi.

Salam hormat,

Terbaru Lebih lama