Kisah Cinta Hedgehog Saya

Salam Blogging danSalam web-surfing...

Saya cuma ingin berkongsi pengalaman tentang kisah haiwan peliharaan saya ni, Bobo Si Hedgehog.. Saya dah bela Bobo sejak 08/10/2012 pada masa Bobo berumur 6 Bulan...sekarang Bobo dah berumur 17 Bulan (08/09/2013).

Oleh kerana saya bekerja di Perlis, Bobo di letakkan di bawah jagaan kawan saya.. Perlis - Terengganu memang jauh jaraknya..10 jam perjalanan! Sebelum kawan saya jaga, memang saya dah beberapa kali travel bersama Bobo di dalam Bas yang 10 jam tu la...!

Keadaan Bobo selepas di jumpai
Sebelum Hari Raya Aidilfitri lepas, saya dah order seekor anak Hedgehog betina dengan seorang Pet Lover di Kuala Terengganu baru berumur 2-3 Bulan pada harga RM100 jer. Saya memberi namanya Panda...Kononnya untuk berpasang dengan si Bobo ni....

Bobo sempat lah bermesra-mesra dengan Si Panda di hari Raya aidilfitri. Kemudian pada 11hb Ogos 2013, semasa aku keluar ke Bandar.. Mama telefon aku mengatakan Panda melarikan diri.. Aku agak sedih la...kemudian bila balik rumah pun dah tengah malam tak sempat nak cari si Panda...keesokkan harinya terus mencari panda di seluruh kawasan rumah. Tapi malangnya tidak jumpa juga....Saya pun balik la ke Perlis dengan sedihnya....huhu..
Oleh kerana Panda hilang, jadi saya tinggalkan Bobo dengan family kat kampung Terengganu tu dengan harapan bila Panda jumpa nanti boleh la temankan Bobo... Selang seminggu lebih kemudian, Mama call bagitau Bobo pulang hilang... Bobo diletakkan dalam kawasan kebun yang berbata, Papa bagitau ada atap zink terjatuh dalam kotak berbata tersebut dan Bobo memanjat ke luar.. Sekali lagi terasa sedih, sejak kehilangan Panda, saya juga kehilangan kedua-dua laptop Acer dan Asus yang bertahun-tahun berkhidmat... Motherboard rosak... kehilangan berturut-turut memang sakit... tapi sabar la....

Panda memang di beli untuk di jodokan dengan Bobo, oleh kerana Panda masih bawah umur untuk mengawan, dan Bobo sudah sangat gersang untuk mengawan...Panda di alihkan daripada Bobo.. Bila tinggal sekejap, Panda melarikan diri di sebabkan tidak sanggup di jodohkan dengan Bobo... Kesian Bobo... Bobo rasa sangat sedih dan nekad untuk mencari Cinta pandang pertamanya, Panda... Bobo mencari setiap peluang yang ada untuk keluar mencari Panda... Takdir menyebelahi Bobo apabila atap zink terjatuh dalam kurungannya dan membolehnya keluar.. selama 2 minggu, setiap malam ia mencari Panda tapi tidak bertemu, akhirnya Bobo pasrah dengan kehilangan Panda... Ia berkurung di dalam saluran longkang...memecilkan diri...Keluarga tuannya menemui Bobo dalam keadaan kurus dan comot.... Kini Bobo dalam jagaan keluarga tuannya dan mengharapkan ada jodoh bakal mengubati hati bobo ni....

Beberapa selepas kehilangan Bobo, saya outstation training ke UMP Gambang beberapa hari kemudian balik ke kampung pada hari merdeka tersebut. Bila sampai jer di rumah kat Kampung Terengganu jam 3:30 pagi, perkara utama yang saya lakukan selepas berkemas ialah mencari Bobo di pagi-pagi buta sekeliling rumah, Papa yang ambil aku di stesen tu hanya lihat jer...Pagi-pagi Jam 4:30 pagi masih tak jumpa, hanya ada 2 ekor arnab jiran berkeliaran...

Pada 1 hb. Sept.2013 aku balik semula ke Perlis di sebabkan Isnin tu dah kerja...Pada pagi Selasa 3 hb. saya terima Whatsapp daripada Mama bagitau yang Papa telah jumpa Bobo dalam longkang ...Syukur alhamdulillah!! Bersyukurnya saya di saat hilang harapan... Bobo telah kehilangan selama 2 minggu!! Saya hanya bertawakal...oleh kerana di tepi rumah ada semak, saya suspek yang Bobo melarikan ke dalam semak....Syukur sangat-sangat!! Mama cuma Whatsapp gambar Bobo (yang kat atas tu) kepada saya di Perlis ni....huhu....Bobo yang dijumpai agak kurus dan comot....

Nota: Kawan saya kirim beli Hedgehog betina baru...comel!! Berumur 8 Bulan.. memang dah jadi induk....tak sabar nak balik Terengganu Raya Haji nanti untuk pasangan Bobo dan Chombi ni...hehehe

4 Ulasan

Saya amat menghargai sokongan yang diberikan dan berharap dapat terus berhubung dengan anda semua melalui platform ini. Setiap komen adalah inspirasi buat saya untuk terus menulis dan berkongsi ilmu. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan bersama-sama kita belajar serta berkembang.

Jangan segan untuk berkongsi pendapat, soalan, atau apa sahaja yang anda rasa relevan. Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan blog ini sebagai medium yang bermanfaat untuk semua.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita terus berhubung dan saling menginspirasi.

Salam hormat,

  1. comelnya.. dah lama sangat nak hedgehog ni. tapi susah kan nak jaga..

    BalasPadam
  2. owh.. saya pun ada bela hedgedog. Tapi jenis yg lain la. Suka merayap-rayap kt rumah.

    btw, your pet is so cute also

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama