Salam Semua,
"Sejak saya praktikal di Mardi Kuala Terengganu, saya memang bercita-cita untuk masuk ke dalam MARDI!!"
"Untuk mengajar orang lain, kita perlu tau apa yang hendak di ajar... dan saya dah ada pengetahuan tersebut...." -Iqbal
"Saya seorang blogger, saya boleh buat website, blog, html, design, photoshop...."
Nota: Perbentangan ni saya banyak gunakan ganti diri "We" seperti membuat perbentangan mewakili syarikat depan klien pulak...
Cuma nak menceritakan pengalaman saya menghadiri pra-saringan #1 di MARDI, Serdang.
02 Nov. (Sabtu) lepas saya menerima satu panggilan daripada MARDI Serdang mengenai aturan untuk kehadiran PANGGILAN SESI PRA SARINGAN JAWATAN PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41/43/47/51/53. Setiap calon di kehendaki membuat satu Slide Presentation untuk menerangkan pengetahuan dan kepakaran calon serta menyediakan satu salinan Abstrak (Lebih kurang buat perbentangan untuk Projek Tahun Akhir semasa Ijazah dulu jer....)
Tarikh : 12 November 2013 (Selasa)
Masa : 08:00 pagi - 05:00 petang
Tempat : Pusat Perkhidmatan Teknikal
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang, Selangor
Agak kelam kabut di sebabkan pada 11 Nov saya mempunyai acara syarikat pelancaran produk bersama Menteri Besar Perlis dan Top Management Syarikat dan sudah tentu malam tu saya kena berangkat dari Kangar, Perlis ke Serdang.
Tapi syukur alhamdulillah juga, saya terima emel lain daripada Pihak MARDI menangguhkan Pra-Saringan tersebut pada 18 Nov. Jadi saya ada masa 1 minggu untuk menyiapkan Slide Presentation untuk Pra-Saringan tersebut.
Tajuk yang saya pilih ialah "Industrial Powder Technology" (Teknologi Industri Serbuk). Memang Teknologi industri Serbuk kena dengan kerja dan pengetahuan, pengalaman saya mengendalikan projek penukaran cecair-kepada-serbuk ini adalah beberapa. Jadi saya yakin untuk membentangkan tajuk ni.
Oleh kerana 18 Nov; maksudnya pertengahan bulan dan gaji tak masuk lagi..kena berbelanja berhemah la.. Pada Jumaat malam saya stay-bak kat pejabat agak lewat menyiapkan last minute slide presentation ni.. Kemudian naik Bas Etika di Stesen Bas Kangar pada Sabtu malam (Harga tiket dalam RM58 ++ kot..). Perjalanan Kangar ke Stesen Bas Shah Alam memang agak lambat. Naik bas Jam 10:15 malam, sampai dalam Jam 08:00 pagi. (Biasanya 8 jam jer....Ni lah masalah kalau nak bas yang biasa-biasa)
Pagi Ahad saya lepak dengan kawan dan abang saya di Seksyen 7 Shah Alam, pergi jalan-jalan di Plaza Alam Sentral (PAS) mencari Lense untuk DSLR baru saya!! Canon EOS 60D (second hand jer...). Dekat PAS tak banyak sangat kedai yang jual lense (setakat yang kami cari...) ada 2 kedai (tu pun satu owner..sebab nampak penjaga kedai kedua di kedai yang pertama). Usha-usha jadi saya pun amiklah Lense TAMRON 18-200mm + Charger KeeP + UV Filter dengan harga RM748 menggunakan Kad Kredit American Express (Jadi dapat rebate 5% dari harga belian)
Pada malam tu saya minta kawan hantar ker Serdang dari Shah Alam (ambil masa dalam 45 minit jugak untuk sampai..)
Keesokkan paginya, Hari untuk menghadiri Pra-Saringan. Dalam tentatif tulis sesi bermula jam 08:00 pagi - 05:00 petang. Pagi tu saya datang agak lambat dengan alasan tak jumpa cari tempat.
"Maaf lambat, saya Iqbal" . Ayat pertama bila saya masuk dalam meeting room. Kesemua 7 orang calon sudah siap menjawab personaliti test. Kehadiran 08:20 pagi. So, saya diberi masa 10 minit untuk menjawan lebih kurang 28 Soalan berkaitan personaliti (Semasa saya interview syarikat sekarang pun ada ujian personaliti juga, tapi jawab guna komputer... sekarang soalan objektif...)
Selepas selesai, kami berlapan (4 lelaki dan 4 perempuan..sepatutnya 12 orang.yang lain tidak hadir), tunggu di luar bilik menunggu giliran perbentangan yang mula jam 09:00 pagi (saya giliran ke-4)
Setiap calon secara purata buat perbentangan 30 minit (walaupun dalam tentatf diberitahun 15 minit jer termasuk soal jawab).
Sebelum menunggu giliran agak berdebar (biasala...), kemudian loceng berbunyi tiba giliran saya. Ada 3 penemuduga (perempuan senior) dan 2 orang pembantu. Masuk pendrive dalam laptop disediakan dan mula perbentangan.
Saya: "Assalamualaikum dan Selamat Pagi...."
Penemuduga#1: "Ermm.. Iqbal.. i need you to present in english..."
Saya: "Okay.. Assalamualaikum and very good morning.... bla..bla...bla....(dengan slang english british)"
(Saya menerangkan tentang jenis-jenis teknologi yang boleh menukarkan cecair kepada serbuk yang saya tau dan yang ada di syarikat saya berkerja; contoh-contoh serbuk yang telah di hasilkan seperti Serbuk Nira Nipah, Serbuk buah mangga, serbuk buah nangka, serbuk susu kambing, serbuk lintah... Dalam proses untuk menghasilkan Serbuk minyak kelapa dara....
Kesimpulan, apa-apa yang mempunyai kelembapan boleh ditukarkan kepada serbuk bergantung kepada formulasi...kecuali yang jenis berminyak perlukan formulasi khusus seperti saya tengah usahakan untuk membuat Serbuk Minyak Kelapa Dara.)
Mereka bertanyakan apa yang saya lakukan.. apa yang saya boleh buat... dan saya tunjuk hasil Design yang saya buat untuk Client.. Dan ia adalah satu Skills saya...
Satu perkara yang amat tidak saya jangka sepanjang pra-saringan di MARDI Serdang ialah mereka sediakan makanan!!! Makan pagi, makan tengahari dan minum petang....
Selepas saya habis perbentangan dan menjawab persoalan di ajukan, kemudian menunggu di luar bilik mesyuarat.. Kemudian datang seorang pembantu memberitahu bahawa mereka ada sediakan Minum pagi untuk semua calon.....
Selepas minum pagi, kemudian menunggu calon-calon lain membuat perbentangan, bila sampai waktu tengahari, ada makan tengahari menunggu...
Pada sesi petang dalam Jam 03:00 petang, ada satu lagi sesi.. Sesi kali ini seperti ujibakat lakonan. Semua calon di beri satu situasi mengendalikan kursus yang di hadiri oleh usahawan, peladang kecil dan calon diberi untuk memberi ucapan penutup...Walaupun saya agak gagap, tapi masih dapat beri respon yang okay bagi saya...
Praktikal semasa di MARDI Kuala Terengganu bersama Pegawai Penyelidik Prinsipal yang memang dikenali oleh pegawai-pegawai penemuduga memberi kelebihan pada saya.
Senarai tukag sebagai Pegawai Penyelidik jika diterima sudah diterangkan secara tidak langsung. Iaitu lebih kepada Koordinator mengendalikan kursus-kursus, membuat kajian sosial untuk MARDI.
Kebanyakkan senarai tugas yang di sebut telah saya jalani semasa praktikal di MARDI Kuala Terengganu.
Doa-doalah supaya saya tersenarai dalam sesi Interview kedua sebelum akhir tahun ini kata pembantu tersebut.... Saya sangat-sangat-sangat berharap untuk jawatan Pegawai Penyelidik Q41 di MARDI ni...."Sejak saya praktikal di Mardi Kuala Terengganu, saya memang bercita-cita untuk masuk ke dalam MARDI!!"
"Untuk mengajar orang lain, kita perlu tau apa yang hendak di ajar... dan saya dah ada pengetahuan tersebut...." -Iqbal
"Saya seorang blogger, saya boleh buat website, blog, html, design, photoshop...."
Nota: Perbentangan ni saya banyak gunakan ganti diri "We" seperti membuat perbentangan mewakili syarikat depan klien pulak...
salam...so u dapat x for the 2nd interview?
BalasPadamSalam.. so bile result interview tu kelua eh?
BalasPadammcmana tau akhir bulan 2 ni keputusan temuduga kluar?
BalasPadamapa cerita terbaru q 41 mardi? da ada yang kena panggil ke?
PadamResult da kelua on 27th feb ritu..
Padamahh result dah keluar 27hb Februari.. petang petagn dalam 6.30 dpt panggilan ...
BalasPadamalhamdulillah. saya berjaya dapat. as pegawai penyelidik q43.
hello... nak tanya tips untuk pegawai tadbir n41. boleh?
BalasPadam