Kemalangan: Axia Kena Langgar Terlanggar

03 Jun 216
Kereta Perodua Axia Kena langgar dengan Proton Saga dan terlangga Perodua Myvi tengah sesak di lebuhraya MRR2
Al kisah pengalaman kena langgar buat kali kedua dengan menaiki Kereta Perodua Axia Advanced 1.0 dan kali ini aku tidak bersalah 100%!

Kisah bermula dengan rutin mingguan drive daripada Putrajaya ke Jerantut melalui Lebuhraya Besraya - MRR2 yang sesak seperti kebiasaan. Lebih-lebih lagi Jumaat terakhir sebelum ramadhan ni bertambah lagi sesaknya.
perodua, axia, kemalangan, lebuhraya
Add caption
Dengan sedang melayan Radio-MP3 sambil mengelamun fikir macam-macam di tengah sesak di Lebuhraya MRR2 dengan kelajuan 5-20 km/j. Semasa tu aku drive di lane kanan sebab nak menghala ke Kuantan. Oleh kerana jalan sesak, kereta kiri kanan memang tak bergerak masa tu.

Tiba-tiba....

"Dummm...!!!". Satu hentakan kuat datang dari belakang ketika kereta tidak bergerak.

Terkejut dan tindak balas serta merta terus menekan brek. Melihat kan kereta Myvi di hadapan buatkan aku cuba mengelak tapi di sebelah lane paling kanan ada penghadang jalan, dengan baki momentum yang kuat dari kereta Saga belakang tercetus inersia kereta aku terpaksa melanggar kereta hhadapan walaupun sudah menekan brek.
perodua, myvi, kemalangan, lebuhraya
Add caption
 perodua, axia, kemalangan, lebuhraya
proton, saga, kemalangan, lebuhraya
Oleh kerana pengalaman mematangkan, dengan seimbas detik memori dari kemalangan sebelum menjadikan diri tenang dan mampu berfikir logik untuk 'apa seterusnya'. Tanpa menghiraukan jalan sesak, aku dan brader depan yang menjadi mangsa terus keluar dari kereta selepas tekan lampu kecemasan. Jadi, aku dan brader depan berjalan terus ke kereta belakang. 

Kereta yang melanggar aku Kereta Proton Saga Hijau, kelihatan teruk dengan kesan impak yang melanggar kereta Axia aku dan aku terlanggar kereta Myvi di depan. Kereta aku walaupun kurang nampak hancur tapi depan belakang rosak tapi masih boleh berjalan. Kereta Myvi depan aku kemek bahagian bonet dan masih boleh berjalan.

Selepas beberapa ketika kami tunggu orang yang melanggar, keluarlah seorang pemandu perempuan muda lagi dengan tersengih-sengih. Brader Myvi pun tenang orangnya dan macam dah ada pengalaman dengan kemalangan macam ni. Nasib baik ketiga-tiga pemandu tidak mengalami apa-apa kecederaan. Masing-masing mula mengambil gambar kerosakan, yang penting nombor plat, warna, jenis kereta, nombor telefon mangsa-mangsa. Kena pastikan jenis kerosakan sebelum di 'tow' ke bengkel sebab bimbang ada kerosakkan tambahan yang sengaja atau berlaku selepas di bengkel.
proton, saga, kemalangan, lebuhraya
Brade Myvi dah capai sepakat untuk dia claim bawah insurans aku dan kereta aku claim insurans kereta yang melanggar (Saga). Brade Myvi dah beredar ke Balai Polis Trafik berhampiran (yang berhampiran Balai Polis Trafik Ampang Jaya). Kejadian berlaku di Lebuuh Raya MRR2, dari Kuala Ampang ke Ukay Perdana. Tinggal aku berdua dengan driver perempuan tu. Beberapa ketika selepas itu lebih kurang 15 minit, 'peronda' freelance yang kerja dengan bengkel mula tiba dan bertanyakan keadaan. Mereka mula kawal keadaan lalulintas, arahkan kedua-dua kereta ke tepi, hubungi tow-truck, hantar ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya untuk buat laporan polis bagi ketiga-tiga pemandu.
polis, trafik, kemalangan, laporan,

Oleh kerana kemalangan berlaku Jam 10:10 malam dan sampai di Balai Polis sekitar Jam 11:30 malam, Polis trafik maklum laporan malam tu di buat selepas Jam 12:00 tengahmalam sebab mereka perlu 'compile' dan hantar report hari sebelum tu. Untuk kemalangan, laporan perlu di buat dalam masa 24 Jam. Dalam Jam 12:15 tengahmalam, aku mulakan laporan polis, kemudian brade Myvi. Pemandu wanita belum lagi tiba. Selepas selesai buat laporan polis, brader 'towing' hantar aku ker Putrajaya dari Ampang. Agak jauh tapi nasib baik gak agak orang hantarkan. Dia tanya kalau ada kawan-kawan sekitar, dan semestinya tiada kenalan terdekat untuk hantarkan. Katanya 'tokey bengkel' cuma 'cover' penghantaran klien 30km dari tempat kemalangan.

Semuanya berjalan lancar setakat ni. Sediakan dokumen berkaitan untuk keperluan claim insurans, bengkel. Geran. Salinan Lesen IC, Covernote Polisi Insurans yang boleh dapatkan dengan insurans atau agen-agen yang buat roadtax. Buat salinan dan boleh kirim ke geng-towing yang handle kan semua atau terus hantar ke Perodua Service di mana kereta tu di tarik.

Selepas dah contact orang Perodua Service Desa Tun Razak, dia pun emelkan Borang Insurans untuk pemilik kereta tandatangan. Jadi tak perlu ke ke bengkel sana. Seleas tandatangan Borang Insurans, scan dan emelkan semula ke orang Perodua Service.

Kemudian 2 hari lepas orang Perodua Desa Tun Razak whatsapp aku dengan menghantar gambar radio kereta aku hilang, kemudian aku berhubung dengan orang towing, mereka bagitau kereta aku di hantar ke Perodua pada Jumaat malam, kunci kereta serah kepada Pengawal keselamatan perodua.. Hari Jumaat hantar kereta, hari Rabu maklum bahawa Radio kereta hilang!! Jadi sekarang, orang Perodua bagitau dia tengah cek CCTV keselamatan, brader geng towing pun gelabah jugak tapi owner relax jer.. 

"Harta dunia tak ke mana.."

3 Ulasan

Saya amat menghargai sokongan yang diberikan dan berharap dapat terus berhubung dengan anda semua melalui platform ini. Setiap komen adalah inspirasi buat saya untuk terus menulis dan berkongsi ilmu. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan bersama-sama kita belajar serta berkembang.

Jangan segan untuk berkongsi pendapat, soalan, atau apa sahaja yang anda rasa relevan. Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan blog ini sebagai medium yang bermanfaat untuk semua.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita terus berhubung dan saling menginspirasi.

Salam hormat,

  1. Xsangka tuan blh karang crite dgn baik skali...tanpa menghampakan pembaca..
    Anyway...sabaq no...mungkin ade hikmah disebaliknya..

    BalasPadam
  2. InsyaAllah ada hikmah di sebaliknya. Moga sabar dan dimurahkan rezeki.

    http://junaidishukri.blogspot.my/

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama