Apa itu Seaglass (Kacalaut)?

Sumber: https://beachlust.com/glass-beach-fort-bragg/#t-1626277343369

Apa itu Seaglass (Kacalaut)?

Sea glass (atau dalam Bahasa Melayu/Indonesia 'Kacalaut') masih kurang dikenali di Malaysia atau di rantau Asia Tenggara. Mungkin struktur pantai yang landai dan kerap dilanda bencana alam seperti Tsunami membuatkannya di bawa arus ombak ke daratan atau di timbus pasir-pasir. Tambahan lagi pada zaman sekarang banyak pembangunan dipesisiran pantai membuatkan kawasan pantai menjadi terhakis, tambakan tanah di pantai untuk memanjangkan tanah dan menambak dengan batu besar bagi megelak haskisan pantai yang telah berlaku. 

Seaglass (kacalaut) adalah kaca terhakis menjadikannya kelam dan tumpul secara fizikal dan kimia yang dijumpai di pesisiran pantai dan laut. Proses hakisan semulajadi melalui tindakbalas ombak, pasir pantai, angin dan cahaya matahari menyebabkan kaca tersebut menjadi pepenjuru yang tumpul, kelam dan kelihatan seperti fros ais.  

"Genuine sea glass" atau Kaca laut asli boleh dikumpul sebagai hobi dan boleh digunakan sebagai barang perhiasan jika kena kepada kreativiti. Seaglass (kacalaut) mengambil masa kira-kira 30 ke 40 tahun dan kadangkala sehingga 100 tahun untuk menjadikan ciri-ciri tekstur dan bentuk yang unik. Juga kebiasaan dirujuk sebagai ‘Drift glass’ (Kaca hanyut) kerana kacanya sentiasa dihanyuti oleh ombak dan pantai menjadikan permukaan bucunya tumpul.

Bagaimana Seaglass (Kacalaut) Terbentuk?


Seaglass (kacalaut) bermula dari serpihan kaca yang pecah yang kemudiannya di’uli’ secara berterusan oleh ombak dengan pasir pantai sehinggan menjadikan bucu kaca yang tajam menjadi tumpul dan permukaan seperti fros ais sekian tahun.

Secara semulajadi Seaglass (kacalaut) berasal dari serpihan kaca dari botol pecah, pinggan mangkuk tembikar atau kapal karam.

Juga boleh dibuat secara tiruan, Seaglass (kacalaut) ini dapat dibezakan dengan perbezaan agak nyata bagi yang teliti. Kebanyakkan peminat Seaglass (kacalaut) tidak mengiktiraf Seaglass (kacalaut) tiruan ini sebagai Seaglass (kacalaut) yang asli dan lebih kebiasaan dengan ‘Tumbler glass’ di mana kepingan pada masa kini boleh diproses menggunakan ‘rock tumbler’ atau direndam dalam asid untuk menghasilkan produk akhir yang diingini. Seaglass (kacalaut) tiruan ini agak murah untuk digunakan dalam barang perhiasan.

Di Mana Boleh Dapatkan Seaglass (Kacalaut)?


Sumber: https://www.pinterest.com/pin/57280226501205727/

 Seaglass (kacalaut) boleh dijumpai di seluruh dunia bergantung kepada keadaan pantai dan kepadatan penduduk sekitar. Menurut rujukan, pantai-pantai di Timur Laut Amerika Syarikat, Northeast United States, Bermuda, Fort Bragg, California, Benicia, California, North Carolina beaches, Scotland, northwest England[citation needed], Mexico, Hawaii, Dominican Republic, Puerto Rico, Nova Scotia, Australia, Italy and southern Spain sentiasa menjadi buruan Seaglass (kacalaut), botol dan penutup botol kaca, kaca seni, guli dan barangan serpihan tembikar. 

Di Malaysia, saya pernah mencari Seaglass (kacalaut) ini kebanyakkanya pantai di Terengganu, Pulau Pinang, Sabah, namun kualitinya adalah berbeza-beza bergantung kepada pembangunan di tepi atau berhampiran pantai. Jenis pasir, kekuatan ombak sangat mempengaruhi kualiti Seaglass (kacalaut) di Malaysia.

Warna-Warna Seaglass (Kacalaut)


Sumber: https://www.beachcombingmagazine.com/blogs/news/the-rarity-chart-dissected


 Warna-warna Seaglass (kacalaut) ditentukan oleh sumber asalnya. Kebanyakkan Seaglass (kacalaut) adalah daripada botol namun ada juga dari jars, pinggan, tingkap, seramikdan sebagainya.

Paling kebiasaan warna Seaglass (kacalaut) yang dijumpai adalah putih, coklat amber dan hijau. Warna-warna ini adalah daripada botol yang digunakan oleh syarikat pengeluar produk pembungkusan kaca.

Warna yang jarang dijumpai termasuk kuning, merah, biru. Namun warna Seaglass (kacalaut) ini bergantung kepada negara pengeluar. Mungkin di luar negara, Seaglass (kacalaut) warna biru adalah biasa dijumpai, namun di Malaysia, Seaglass (kacalaut) dikategorikan sebagai jarang dijumpai. Ada serpihan Seaglass (kacalaut) yang mempunyai warna tertentu dijumpai 1 dalam 25 keping atau 1000 keping.

Hobi Mengumpul Seaglass (Kacalaut) 

 Sepertimanya hobi mengumpul keranganlaut, atau batuan, mencari Seaglass (kacalaut) di pesisiran pantai (atau dikenali sebagai ‘Beach combing’) adalah antara hobi peminat pantai minati. Pengumpul kebiasaan mengisi koleksi mereka di dalam balang untuk perhiasan atau perhiasa diri bergantung kepad adaya kreativiti seni mereka. Namu di Malaysia, oleh kerana sukar untuk mendapatkan sumber Seaglass (kacalaut), pengumpul hanya mengumpul sebaga koleksi peribadi sahaja.
Di Amerika Utara, peminat Seaglass (kacalaut) mempunyai Persatuan Seaglass (kacalaut) Amerika Utara (North American Sea Glass Association) yang menganjurkan konferens tahunan dan berita semasa berkaitan dengan Seaglass (kacalaut).

Seaglass (Kacalaut) Tiruan dan Buatan
 
Sumber:  https://www.beadinggem.com/2023/07/how-to-tell-difference-between-fake-and.html


Seaglass (kacalaut) Asli kini menjadi semakin sukar ditemui disebabkan musim yang tidak menentu dan pembangunan di pesisiran pantai menyebabkan hakisan yang teruk. Kekurangan Seaglass (kacalaut) ini menyebabkan artis seni dan kraf mengisar dalam tumbler bagi Seaglass (kacalaut) yang masih tidak menjadi sepenuhnya; ia dipanggil sebagai “twice-tossed” glass; yang lain mungkin membuat Seaglass (kacalaut) tiruan menggunakan rock tumbler. Namun Seaglass (kacalaut) tiruan masih tidak dapat menandingi nilai sentimental Seaglass (kacalaut) asli yang telah terdedah dengan pelbagai musim yang memang tidak akan dapat ditiru secara tiruan. Ia tidak memenuhi kehendak kraf yang lebih murah dan pelbagai warna boleh dihasilkan.

Beberapa ciri-ciri yang diterangkan perbezaannya di antara Seaglass (kacalaut) asli dan tiruan; bermula dengan warna dan tekstur pada setia kepingan. Sebagai contoh, Seaglass (kacalaut) asli mempunyai permukaan seperti fros ais, seperti permukaan berhabuk. Antara yang paling boleh dipercayai pada Seaglass (kacalaut) asli adalah bentuk seakan ‘C’ pada luaran sample. Lengkukkan mikro pada permukaan tidak sekata.

Rujukan


  1. https://en.wikipedia.org/wiki/Sea_glass
  2. Beachlust.com https://beachlust.com/
  1. "What Is Sea Glass - How and Where do you find it?". bytheseajewelry.com. Retrieved 2017-06-01.
  2. Sea Glass Journal (date unknown). The Godfather of Sea Glass: Richard LaMotte Boosts the National Profile of Sea Glass Retrieved from http://www.seaglassjournal.com/articles/pureseaglass/lamotte.htm on 2/19/2015.Author unknown (date unknown). 
  3. What is Sea Glass? Retrieved from http://www.findseaglass.net/what-is-sea-glass/.
  4. Park, Elizabeth. "Where Does Beach Glass Come From?". USA Today. Demand Media. Retrieved November 6, 2014.
  5. North American Sea Glass Association (date unknown). NASGA Resources: Genuine vs. Artificial Sea Glass Retrieved from http://www.seaglassassociation.org/RealVArtificial.html on 2/19/2015.
  6. Barbara Weibel Best Beaches for Collecting Sea Glass www.uptake.com september 07, 2012
  7. http://www.findseaglass.net/what-is-sea-glass/
  8. Ritterbush http://www.findseaglass.net/rare-sea-glass-colors/
  9. La Motte, R (2009). Pure Sea Glass. Sea Glass Publishing. ISBN 0975324608. Dean, C. From junk to collectible, shaped by time and tide. New York Times October 18, 2010
  10. "Black Sea Glass, Black Beach Glass". odysseyseaglass.com. Retrieved 24 February 2015.
  11. "Antique Black Glass Bottles". Antique Bottle Collector's Haven. Retrieved 24 February 2015.
  12. North American Sea Glass Association
  13. "North Beach Treasures: Natural vs. Man Made Sea Glass". Retrieved 2013-09-26.
  14. "North American Sea Glass Association". Retrieved 2013-09-26.






Iqbalab Mii Journal

Meet an introverted eccentric and loving father of two boys. Passionate about science, nature, and the art of nurturing plants, he uniquely combines these interests in his captivating stories. As a dedicated "plant dad," he finds solace and joy in the quiet companionship of his leafy friends. Through his writing, he invites you to join his journey, sharing heartfelt stories that intertwine his role as a father, his fascination with the natural world, and his camaraderie with fellow plant enthusiasts. Join him in exploring the intricate tapestry of life, where science, nature, and the bonds of fatherhood converge in beautifully woven narratives.

Catat Ulasan

Saya amat menghargai sokongan yang diberikan dan berharap dapat terus berhubung dengan anda semua melalui platform ini. Setiap komen adalah inspirasi buat saya untuk terus menulis dan berkongsi ilmu. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan bersama-sama kita belajar serta berkembang.

Jangan segan untuk berkongsi pendapat, soalan, atau apa sahaja yang anda rasa relevan. Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan blog ini sebagai medium yang bermanfaat untuk semua.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita terus berhubung dan saling menginspirasi.

Salam hormat,

Terbaru Lebih lama