REVIEW: Ramen Samyang Korea Pedas Halal

Assalamualaikum. Salam Blogging.

Fenomena Ramen Samyang berperisa Ayam yang di katakan pedas giler dan pernah menjadi viral di lama-laman sosial seketika dan sekarang dah makin surut sikit.. Jadi, oleh kerana dah viral maka ramailah yang berpusu-pusu nak mencuba Ramen Samyang yang di kilangkan oleh Samyang Food Co. Ltd., Seoul, Korea ni. Kalau korang pernah tengok video viral yang tengah makan Ramen Samyang ini memang pedas giler tapi...haha.

Aku beli Ramen Samyang di Alamanda Putrajaya semasa hari bekerja. Selepsas balik je dari pejabat terus singgah ke Alamanda kononya nak beli barang dapur dan makan malam, terpandang lak Ramen Samyang ni tengok masih banyak lagi stok. Makan terus beli sepaket dengan harga RM 24.90. Housemate pun nak mencuba jugak katanya jadi pakat la beli. (Masa ni April-Mei 2016)

 Tapi dalam seminggu dua ni (Jun 2016), Stok Ramen Samyang dah tak kelihatan di Shelf Mee Segera ni, mungkin dah habis stok. Aku tengok di Aeon Equine Park masih banyak lagi semalam (Sabtu, Jun 2016)

 Berbalik kepada situasi semasa Beli Ramen Samyang ni, kelihatan ramai juga menyinggah di Shelf Mee segera viral tu, ada tengok brader-sister siap borong dalam troling berpek-pek!! Ni mesti kes orang tempah ni....


Okay.
Untuk Ramen Samyang ni aku cuba dua jenis masakan; satu jenis berkuah dan satu lagi style yang di cadangkan, ala-ala mee goreng kering.

 PERCUBAAN PERTAMA RAMEN SAMYANG (BERKUAH)
Ini percubaan kali pertama Ramen Samyang, Jenis Berkuah. ala-ala Mee Kari pedasnya. Boleh letak banyak-banyak bahan ala-ala Ramen Naruto tu. kalau korang cuba yang jenis berkuah memang kurang pedas jadi sesuai bagi sesiapa yang ingin mencuba Ramen Samyang tapi takut tak tahan pedas boleh la cuba yang macam ni.
  
 Sebab dah terbiasa lak makan Mee Segera berkuah sambil layan movie...

Untuk Jenis berkuah, rasanya agak pedas ala-mee kari, kemudian akan terasa sedikit manis pada ramen bila kunyah-kunyah.

 PERCUBAAN RAMEN SAMYANG KEDUA (DRIED)
 Kemudian housemate aku beli lagi katanya ada orang tempah, jadi aku cuba lagi menggunakan langkah-langkah yang di cadangkan di belakang bungkusan tersebut sebagai juada buka puasa aku (sebab malas nak pergi bazaar).
Telah standby siap-siap telur separuh masak 2 biji yang cicah dengan roti dan jus tembikai yang manis-manis buah)
Korang cuma perlu rebuskan ramen nya dahulu, kemudia toskan (tapi tinggalkan sedikit air supaya senang nak gaul dan makan. Nanti mee dia melekat), kemudian masukkan sosnya. Gaul-gaul.

Bila azan maghrib berkumandang, di mulai dengan makan 3 biji kurma, di selangi air jus tembikai dan Bismillah. Pada suapan pertama dah terasa kehangatan kepedasan Ramen Samyang ni. Tapi sedap juga, kalau letak banyak bahan-bahan lagi sedap. Walaupun pedas-pedas samyang, ada terasa sedikit kemanisan pada ramen (mengikut Ingredients Samyang, pada mee nya mengandungi Gula dan modified tapioca starch yang memberikan rasa manis)

Selepas habis je menahan pedas di bibir, di sulami dengan minum air tembikai yang manis membasahi bibir tu. Kemudian rasa pedasnya hilang. Pedas Ramen Samyang tidak seperti pedas mee segera yang lain. Ada keunikannya sendiri berbanding mee segera tempatan. Tapi bagi rakyat Malaysia yang sentiasa makan makanan yang pedas ni, Pedas Ramen Samyang tidak jadi masalah. Lidah orang Malaysia memang kebal. Haha.

Lidah orang lain berbeza-beza, lelaki perempuan pun berbeza menahan pedas. Orang Malaysia vs Orang Putih pun lain. Orang putih memang tak tahan pedas ni jadi mungkin bagi diorang pedas Samyang ni di kira sebagai 'Killer' la.. p/s: tak makan sambal belacan lagi...

Jika melihat Bahan-bahan di dalam Ramen Samyang ni, seperti mana Mee segera yang lain mengandungi Bahan Kimia Makanan yang di gunakan untuk menyerupai serta memberi rasa pedas. Kandungan 'Modified Tapioca Starch' kebiasaan di gunakan di dalam industri makanan sebagai 'Filler' dan mempunyai ' Glisemix Index yang tinggi berbanding dengan Starch/Kanji semulajadi. Kurang sesuai bagi pengidap Kencing Manis/ Diabetis. Terdapat juga MSG di dalam perencah sebagai penambah rasa seperti mee segera yang lain.

LOGO HALAL PADA RAMEN SAMYANG DI IKTIRAF TAK? APA ITU HACCP?
Bagi yang was-was kepada Tanda Halal Luar Negara, Tanda HALAL padi Ramen Samyang ini mempunyai Logo Halal yang telah di iktiraf JAKIM pada Badan Persijilan Halal Korea iaitu 'Korea Muslim Federation Halal Committe'. Ini yang penting bagi Muslim seluruh Dunia. Pengguna boleh download Semua 'Certified Bodies (CB)' Halal di Seluruh Dunia yang di iktiraf oleh JAKIM di Laman Web JAKIM di SINI.

HACCP merupakan Ringkasan kepada 'Hazard Analysis and Critical Control Point', bagi hendak mencapai dan peroleh Logo HACCP. sesebuah industri pemprosesan makanan perlu mematuhi Standard Piawaian Antarabangsa yang sangat ketat, Dari setiap bahan yang di gunakan, peralatan pekerja, logistik, pengedaran stor dan barang ke luar dan nombor rujukn setiap batch produk yang di hasilkan jika berlaku apa sahaja 'product recall'. Mempunyai Logo HACCP pada pembungkusan produk adalah sangat penting dan di anggap telah mematuhi piawaian makanan antarabangsa. Dan telah menjadi syarat untuk produk eksport makanan perlu mempunyai Logo HACCP ni. Mempunyai logo HACCP dan HALAL adalah terbaik bagi sesuatu produk.

MORAL:
Nasihatkan pada diri sendiri juga supaya mengawal pengambilan Mee Segera dalam diet/ menu seharian.

12 Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.

  1. macam lagi sedap je makan yang berkuah,nak try la buat berkuah nanti..:P

    BalasPadam
  2. Ramai betul yg dah mencuba tapi kakak belum lagi sampailah sekarang sebab dulu masa belajar selalu makan mee segera dan tua ni macam dah jemu.

    Nampak ramai yg dah viralkan teringin juga tau hihi...

    BalasPadam
  3. Dah try awal awal dulu Ismi.... Itu pun sebab anak yg beriya nak rasa.Korealah sangat katanya hihih... Mahal pulak tu dalam RM20 henggit lebih rasanya kan...
    Mmg pedas...tp boleh je layan

    BalasPadam
  4. looks yummy...xpernah makan lagi...sbb mmg xmakan mee segera...tapi tgk entry ni mcm teringin plak nak cuba...hehehe....

    BalasPadam
  5. Detail betul review ismiqbal ye...julia belum pernah mencubanya...rasa mcm kena cuba je...dah tau ia viral tp julia jenis suka biarkan viral jadi sejuk pastu baru try hehe

    BalasPadam
  6. terliur... stok ramen ni baru beli 2 hari lepas kat alamanda...dah beberapa kali makan jenis kering, tebal bibir hahahaa.. nak cuba yang berkuah pulak la, pecah telur dalam tu sedap gak ni..nyummmm..

    BalasPadam
  7. Isk buka dengan maggi.hehehe..sy memang tak tahan pedas..jadi tgok maggi viral ni tak terliur la pun

    BalasPadam
  8. Pedas dia tahap syaitonirojim . Sape x tahan pedas mmg konfem x habis. Paling kuat 3 suap. Pastu bilik air la. Rendam kepala dlm baldi. Hahaha

    BalasPadam
  9. kenapa tak update kat fb? semua skrg sudah slh faham..

    BalasPadam
  10. assalam..saya nk tnya samyang kt alamanda masih da ke??

    BalasPadam
  11. Yummy..sy pun jual klo berminat pm la ye 01115797831

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama