Iqbalab Mii Journal

Tips: 5 Barang Perlu Ada Bila Pindah ke Rumah Baru

Sejak 27 Mac 2017, kini sudah sebulan lebih saya pindah ke rumah sewa yang baru di Seri Kembangan. Selangor dari Bilik Sewa di Putrajaya. Juga berpindah dari PJJ (Perhubungan Jarak Jauh) dengan Isteri dan Anak kepada hidup bersama di rumah sewa ini. Jarak tempat kerja saya dan isteri pun tidaklah jauh sangat cuma agak sesak di simpang lampu isyarat depan Giant Seri Kembangan (memang dah sedia maklum situ sesak pergi dan balik kerja). 

Sejak dari hidup bujang hinggalah berkahwin dan ada anak, sudah banyak rumah sewa yang saya diami dari beberapa negeri, dah banyak kali juga berpindah randah sebab merantau mencari ilmu dan rezeki. Ada beberapa benda yang saya rasakan sesiapa yang selalu berpindah dan baru nak masuk rumah baru atau rumah sewa perlu ada benda ini.

1# Cecair Peluntur

rak pasaran cecair peluntur

Setiap kali saya berpindah ke bilik/rumah sewa baru, peluntur atau clorox benda wajib bawa sekali sebab ia dapat membunuh 99.9% bakteria. Haha. Tapi memang betul. Peluntur ini juga boleh hilangkan daki-daki tandas dengan sangat efisien, mudah dan tidak perlu menyental dengan kuat. Ia dapat menijmatkan masa dan hasilnya memang berkilat cenggini hah***. Saya mencari jenama yang paling murah seperti di Tesco.

Cara: Campurkan nisbah 1:1 air dan peluntur ke dalam penyembur. Goncang dan semburkan di mozek, tandas, celah-celah. Biarkan seketika, berus dan jiruskan dengan air.
Awas: Pastikan pengudaraan lancar dan jangan duduk dalam ruang tertutup semasa membuat penyemburan sebab peluntur/clorox boleh memedihkan mata dan sakit dada jika terhidu. Basuh mata, hidung tangan sebersihnya. Minum air banyak.

2#Kotak (Baru atau Terpakai)

kotak pelbagai saiz

Apabila ingin berpindah atau berada di tempat baru, kotak adalah benda yang jadi sangat berguna, ringan, fleksibel, jimat dan kalau korang kreatif boleh nampak eklusif. Isteri pernah tegur untuk nak buang kotak-kotak dalam stor, tapi saya taknak.. kami baru pindah, perabot masih tak banyak. Kotak-kotak tu saya perlukan untuk jadikan rumah lebih kemas.

Cara: Daripada kotak yang besar, korang boleh potong untuk jadikan kotak yang lebih kecil untuk mengisi barang-barang dalam stok atau untuk penyimpanan. Bagi menjimatkan ruang penyimpanan, kotak tersebut boleh diletak secara bersilang untuk bertingkat. Korang boleh cari pelbagai kegunaan kotak dan dibentuk menjadi benda yang berguna dalam rumah.

3#Pokok Hiasan

pelbagai jenis pokok hiasan
Sumber : Majalah Sains


Pokok di dalam rumah adalah wajib bagi saya sebab ia mencantikkan rumah dengan benda semulajadi, ada artikel menunjukkan beberapa jenis pokok yang dapat menapis udara dari toksik seperti pokok lidah buaya, pokok lidah jin dan sebagainya.

Bagi saya, antara pokok yang mudah di jaga dan di tanam dalam rumah ialah pokok lidah buaya dan lidah jin. Kalau tidak siram beberapa hari pun masih boleh bertahan lagi..

4#Racun Serangga

jenis racun serangga

Rumah sewa yang kita baru pindah tu kebiasaannya sudah tidak berpenghuni beberapa lama. Jadi yang menghuni rumah tu adalah 'makhluk-makhluk halus' seperti LIPAS, semut dan CICAK. Jadi, bila dah masuk rumah, sembur semua celah-celah rongga yang ada. Lagi baik guna penyembur yang ada mucung panjang tu. Nanti jangan terkejut kalau keluar semua benda hidup yang dah keracunan.

5#Pita pelekat atau Gam tembak

hotglue pistol


Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama sebagai pelekat. Gam tembak lebih fleksibel untuk pelbagai jenis permukaan, ruang dan sudut (kecuali kawasan basah dan panas). Pita pelekat biasanya untuk lekatkan yang jenis kertas. Saya lebih suka guna gam tembak sebab lagi kukuh dan kemas.

______ * * * _______

Setiap orang mempunyai cara tersendiri bila ingin berpindah dan berpindah di rumah baru. Apa cara sekalipun, kita nak pastikan rumah tu nampak kemas. Dan bila kita mula berpindah, semestinya banyak kos dikeluarkan. Sementara kewangan menjadi stabil, kita gunalah apa sahaja sumber yang boleh digunakan untuk menjimatkan kos dan berguna dalam kehidupan seharian kita.

Bagi muslim, boleh amalkan masuk ke dalam rumah baru pindah.


Iqbalab Mii Journal

Seorang introvert yang melalui hari-hari dengan dengan gaya hidup dengan memerhati dengan pemikiran yang subjektif. bapa kepada 2 anak lelaki yang sedang membesar. Seorang sukakan alam semulajadi, haiwan dan tumbuhan. Berfikiran logik dan saintifik disebalik kebanyakkan perkara

Catat Ulasan

Saya amat menghargai perkongsian pendapat, soalan, atau apa sahaja yang anda rasa relevan. Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan blog ini sebagai medium yang bermanfaat untuk semua.
emel

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita terus berhubung dan saling menginspirasi.

Salam hormat,

Terbaru Lebih lama