20
Januari 2017 (Hari #65) : Majlis Cukur Jambul Irfan diadakan pada Hari
ke-65 disebabkan faktor jarak Papanya dan faktor kewangan. Majlis cukur
jambul zaman sekarang lebih kepada adat turun temurun daripada tuntutan
Islam. Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar Idrus mengatakan hukum
mengadakan majlis adalah harus kerana tiada dalil melarangnya (kecuali
boleh merujuk kepada Larangan Membazir ketika bermewahan mengadakan
majlis...)
Tiada
persiapan terperinci sangat, semua keluaga mertua uruskan (Doorgift
untuk tetamu lelaki Marhaban, makan minum, peralatan adat melayu cukur
jambul). Si suami PJJ jauh di Putrajaya ni agak rumit untuk buat
persiapan.
Untuk peralatan adat melayu untuk majlis cukur jambul, terdapat beberapa item yang diperlukan:
- Gunting - untuk gunting sedikit rambut oleh geng marhaban (sebagai syarat adat melayu je..)
- Pisau cukur (pencukur) - Ni benda wajib untuk cukur kepala bayi nanti... Sunnah Nabi ialah cukur ye, Bukan pendekkan, potong sedikit rambut. Boleh pilih pencukur yang jenis plastik. Boleh try cukur bulu sendiri untuk test ketajaman pisau dan keselesaan.
- Air wangi/ air mawar - adat melayu untuk merenjis kepada ahli marhaban yang menggunting rambut bayi
- Daun Pandan merenjis - Daun pandan di ikat dan dicarik seperti penyapu untuk direndam dalam air tepung ubi dan sapu pada kepala bayi.
- Daun pandan dan bunga kertas dimayang dan di gaul dengan beras kunyit. - tujuan adat melayu ini tidak jelas, asalkan tidak bercanggah dengan Islam diharuskan. Campuran ini di tabur kepada bayi selepas rambut digunting.
- Air tepung ubi - walaupun diguna dalam adat melayu tapi dari segi logiknya ia untuk menyejukkan kepala bayi. Air tepung ubi direnjis dengan daun pandan ke kepala bayi untuk basahkan rambut supaya senang untuk digunting. Air tepung ubi ini boleh di sapu selepas mencukur habis kepala bayi untuk menyejukkan kepala, boleh juga sapu bedak sejuk. Jangan terus sapu minyak selepas cukur, nanti jadi tidak selesa dan panas (ikut pengalaman lelaki yang selalu mencukur ni....)
- Bekas berisi air - Bekas ini bertujuan untuk meletak rambut yang telah di gunting dan dicukur kemudian nanti supaya tidak bertebangan. Lebih-lebih lagi rambut bayi yang halus macam bulu roma je.
Jika
mengikut Adat Melayu, Cukur jambul bayi adalah pada Hari ke-44 / 45,
selesai sahaja ibu habis berpantang 44 hari. Jika mengikut Islam dan
menjadi sunnah adalah pada hari ke-7. Oleh kerana jarak dan masa
memisahkan, maka majlis kami berjalan pada hari ke-65. Tiada masalah
asalkan jangan sampai rambut bayi menebal, dibimbangi apabila mencukur
menjadi gatal dan tidak selesa.
Seperti
biasa pagi tu Irfan masih mamai lagi, sesekali bangun tidur-tidur ayam
sambil request susu. Sekitar jam 9:15 pagi ahli surau marhaban tiba di
rumah dalam 10-12 orang termasuk dengan ketua kampung. Majlis berjalan
dengan agak tergesa disebabkan ketua kampung dan orang lain ada hal
lain. Menjadi kebiasaan juga Majlis Cukur Jambul disertakan dengan
Majlis bacaan yassin dan tahlil untuk disedekahkan kepada
almarhum-almarhumah.
Bacaan
zikir yang ringkas. air diletak di dalam bekas dan di 'doa'kan oleh
ketua kampung dan untuk dimandikan kepada bayi. Selesai sahaja sesi
marhaban yang simple. Ketua minta ayah atau atuknya untuk ambil bayi
untuk sesi menggunting. Jadi, aku sebagai ayahnya dapatkan Irfan yang
tengah menyusu dalam bilik dengan ibunya. Irfan masih mamai lagi sebab
biasanya waktu pagi macam ni tak bangun lagi ni. Bila aku bawa Irfan
keluar, jemaah mula berselawat, ayah mertua mula mengiringi membawa
dulang berisi barangan macam di atas tadi. Dari satu jemaah ke jemaah
yang lain silih berganti. (Ada juga jemaah yang agak kekok untuk
menggunting serta mengikut aturan dan tak berapa faham macam mana nak
buat..tapi ayah mertua bagitau sedikit..aku tak kisah sangat kerana
hanya adat melayu yang kecil..cukup sekadar ambil syarat..)
Irfan sesekali menggeliat tapi masih terkawal, memang tidak menangis atau merengek. Merenung kosong je paksarela...haha
Mendukung Irfan mengelilingi jemaah untuk silih ganti gunting rambut.
Selesai
sahaja bacaan zikir dan gunting rambut, para tetamu lelaki mula menjamu
selera. para tetamu perempuan mula hadir untuk menziarah. Sepanjang aku
mendukung Irfan mengelilingan jemaah surau untuk gunting rambut (7
orang mengikut adat). Aku masih menunggu keluarga dari terengganu yang
baru bertolak pada pagi tersebut, mereka sampai sekitar tengahari.
Walaupun
majlis cukur jambul dah selesai, bagi peluang Tok Ma dengan Tokki Pa ni
untuk gunting rambut Irfan sebagai syarat. Dah datang jauh musafir dari
Terengganu yang ambil masa 4 jam perjalanan, bagi lah masa lebih untuk
bermain dengan cucu mereka ni. Tak lama singgah dalam 2 jam lebih di
sini kemudian mereka bergerak balik.
Oleh
kerana ini pengalaman pertama untuk aku mencukur kepala bayi,
disebabkan tanggungjawab dan inginkan pengalaman, ada juga bertanya
pengalaman kawan-kawan sebelum ini sebagai persediaan dan mindset.Di
mulai dengan bahagian tepi telinga kiri dan kanan semasa Irfan sedang
menyusu dan tidur. Kemudian diteruskan dengan atas kepala, elakkan dulu
bahagian ubun-ubun bayi yang perlu perhatian lebih.. Semasa mencukur,
sediakan bekas berisi air untuk basahkan rambut bayi dan untuk letak
rambut bayi nanti. Sediakan tisu untuk lap dan buang rambut terkumpul
pada mata pisau cukur supaya proses mencukur jadi lancar. Sesekali cuba
cukur pada tangan sendiri untuk melihat kelancaran mencukur.
Selesai
mencukur botak Muhammad Irfan Suyan ni yang berumur 65 hari.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar menyahut seruan Sunnah Rasulullah
s.a.w walaupun terlambat.
Moral:
atur majlis dengan teliti dan jangan ikut nafsu semata-mata. Seeloknya
buat di kalangan ahli keluarga sendiri sebab kita sendiri mengawal masa
dan kelapangan serta tidak libatkan orang lain yang tiada
berkepentingan. Walaupun dalam Islam tidak menggalakan pembaziran, tapi
ikut kemampuan sendiri, bukan kerana adat melayu semata-mata. jika
hendak ikut adat melayu, pastikan betul-betul memahami maksud tersirat
di sebalik adat.
Baccan tambahan:
http://www.babycenter.com.my/a1033015/cukur-jambul-tradisi-melayu
Baccan tambahan:
http://www.babycenter.com.my/a1033015/cukur-jambul-tradisi-melayu
Tags:
gaya-hidup
nice sharing :)
BalasPadam