Bersambung daripada Bahagian 1: Menunggu Kelahiran Anak Sulung
Di Dalam Labor Room (Sedia Bersalin)
26 Nov. 2016. Jam 11:10 pagi -
Setelah isi Buku Log dan tandatangan Akuan diri bahawa Pihak Hospital tidak akan bertanggungjawab jika apa-apa berlaku di dalam Labor Room(LR), Nurse pun panggil masuk ke dalam. Bila jejak kaki di dalam Labor Room (LR), perasaan masih tenang. Melihat isteri sudah terbaring di atas katil di temani dengan 2 orang Jururawat perempuan yang nampak profesional menyiapkan kes bersalin isteri. Seorang lagi Jururawat sesekali menjenguk melihat jika ada apa-apa keperluan.
Setelah isi Buku Log dan tandatangan Akuan diri bahawa Pihak Hospital tidak akan bertanggungjawab jika apa-apa berlaku di dalam Labor Room(LR), Nurse pun panggil masuk ke dalam. Bila jejak kaki di dalam Labor Room (LR), perasaan masih tenang. Melihat isteri sudah terbaring di atas katil di temani dengan 2 orang Jururawat perempuan yang nampak profesional menyiapkan kes bersalin isteri. Seorang lagi Jururawat sesekali menjenguk melihat jika ada apa-apa keperluan.
Isteri
kelihatan berkerut menahan kesakitan yang suami tidak dapat bayangkan.
Katanya dari pinggang ke bawah seperti hendak tercabut dari badan. Aku
tidak bertanya berapa bukaan sekarang, cuma berapa bukaan yang sedia
untuk bersalin iaitu sehingga 10cm. Isteri sudah dipakaikan pakaian
hijau kemudian disarung dengan pakaian bersalin. Aku cuma duduk
di bahagian tepi aras leher isteri,memegang erat tangannyadan mengusap
ubun-ubun. Di dalam hati sentiasa berdoa supaya permudahkan. Isteri tak
sempat menjamah makanan sejak datang hospital tadi, air selusuh pun tak
sempat teguk. Cuma berbekalkan doa dan kata semangat.
Jururawat Mulakan Kerja
11:15
pagi - Sangat kagum melihat kerja profesional jururawat ketika proses
bersalin ni, mulut mereka tidak putus bagi kata-kata semangat, nasihat
dan pesanan kepada isteri di samping mereka merawat menyambut bakal bayi
kami. Aku cuma mampu memberi sedikit kata-kata, di tenggelami dengan
motivasi daripada Nurse. Aku menahan kepala isteri dari baring ke bantal
kerana mengikut nasihat Nurse supaya kena sentiasa melihat arah perut.
11:
30 pagi - Isteri sedang berjihad melahirkan zuriat kami, melahirkan
unat Nabi Muhammad. Tidak putus-putus nafasnya supaya dikawal, kadang
kala. ada helaan nafas yang dicuri. Nurse serta merta ingatkan supaya
bernafas dengan betul. Seorang Nurse bertindak seperti ketua, seorang
lagi membantu dan bersedia dan seorang lagi bersedia di persiapan bayi.
Beberapa minit kemudian nampak sedikit bahagian kepala. Nurse makin
galak bagi semangat minta jangan putus nafas dan cepat supaya bayi tidak
lemas, aku membisikkan bagitau sedikit lagi, sudah nampak kepala.
11:35
pagi - Bila nampak je bucu kepala Nurse bantu bayi untuk keluar sambil
isteri meneran. Kepala bayi dah keluar penuh sampai leher. Ketua Nurse
terus menarik bayi keluar. Dalam beberapa saat, Bayi meluncur laju
seperti turun dari gelongsor air bersama dengan tali pusat yang
keputih-putihan lebih kurang 60 cm jauhnya dari ibunya. Aku bagitau
isteri sudah keluar.. Sudah keluar...sambil mengucup dahinya. Isteri
mengucap syukur alhamdulillah...
Selamat Dilahirkan
11:36
Pagi - Dalam beberapa saat itu juga daripada tiada suara terus
mendengar suara tangisan. Suara tangisan yang dapat meruntun hati ibu
bapa ini yang menunggu 38 minggu 2 hari akan kelahiran zuriat, waris dan
jariah terakhir ini. Secara serta merta apabila mendengar suara
tangisan bayi pertama ini, jiwa dan hati aku seorang lelaki yang susah
menangis dan kerap di sebut sebagai 'tiada perasaan' menjadi sangat
sebak. Tidak terkawal rasa hati, terus menangis teresak-esak kesyukuran,
air mata berderai mengaburi pandangan. Nurse bagitau hendak potong tali
pusat Irfan bayi dan mohon untuk berselawat. Kami berselawat ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad. Berpeluang menjadi umatnya. Isteri
berselawat mudah cuma aku masih teresak, air mata masih mengalir laju.
Selesai sahaja potong tali pusat, Nurse minta suami supaya tunggu di
luar sementara mereka menyiapkan bayi dan isteri. Sebelum itu, Nurse
minta suami mengesahkan jantina bayi tapi jangan bagitau isteri lagi.
Setelah mengangguk akan jantina bayi, aku terus keluar. Air mata masih
mengalir lagi. Seketika di luar bilik, aku terduduk di kerusi menunggu.
Menghabiskan tangisan dan air mata. Nurse tadi mohon tunggu di luar
pintu, melihat keadaan masih menangis..dia bagi chance untuk habiskan
perasaan dulu. Dia dah biasa dengan situasi macam ni kot.
Aku
berlalu keluar membawa beg aku dan beg bayi. Air mata sudah kesat
sepenuhnya. Aku menunggu di luar Whatsapp ke Ahli Keluarga bagitau
isteri selamat melahirkan bayi lelaki yang comel seberat 2.74kg.
Menunggu mak ayah mertua tiba.
Ikuti Bahagian 1 terdahulu.
Bersambung daripada Bahagian 1: Menunggu Kelahiran Anak Sulung
Tags:
keluarga