Assalamualaikum dan Salam Alam Maya
Kami adalah ternampak Senarai nama anak beserta maksud dalam Islam di Facebook dan Internet. Aku ada simpan pada entry yang lepas 8 TIPS ; SENARAI NAMA ANAK DAN MAKSUD DALAM ISLAM untuk rujukan. Seperti yang di tulis pada entry yang lepas, 8 tips ini yang aku gunakan untuk memberi nama kepada Bakal Anak yang lahir nanti.
8 TIPS MEMILIH NAMA ANAK MENGIKUT ISLAM & PANDANGAN
2. Tahu asal usul nama yang di beri daripada bahasa mana beserta maksud (seeloknya Bahasa Arab)
3. Tahu ejaan nama dalam jawi atau bahasa arab beserta baris.
4. Nama yang sesuai dengan jantina bayi.
5. Nama yang tidak mengaibkan pada masa akan datang kepada bayi tersebut.
6. Buat senarai ringkas beberapa nama alternatif.
7. Berbincang dengan pasangan nama tersebut dan di persetujui bersama dengan ikhlas.
8 Tanya pendapat orang lain tentang nama yang di pilih
9. Elakkan letak Simbol pada Nama.
Tinggal
beberapa minggu lagi menunggu 'roh' di dalam jasad bernyawa lahir ke
alam yang ketiga iaitu Alam Dunia setelah selama 9 bulan berada di dalam
Alam Rahim. Jadi ibu bapa pada kelahiran pertama memang cabaran dan
pelbagai ujian, dugaan yang perlu di lalui.
Hari ganti hari, Minggu bersilih minggu, bulan ke bulan melepasi Trimester pertama.
Setelah
beberapa bulan jasad terbentuk, mula di tiupkan roh ketika masih di
dalam alam rahim dan selepas scan pertama itu mula melihat dengupan
jantungnya yang kecil, kemudian scan keduanya dapat kenalpasti
jantinanya.
Maka, tugas bakal ibu bapa yang pertama ni bermula lagi dengan dilemma yang sangat tinggi. PILIH NAMA!
Pemberian
nama merupakan tugas yang sangat besar, sangat penting dan sangat perlu
teliti. Kerana nama inilah yang akan di serta di dalam doa jodoh, doa
murah rezeki, doa mohon diberkati, doa di baca semasa tahlil kematian
kita nanti. Nama inilah yang akan di panggi di akhirat kelak. Semestinya
Alla telah menetapkannya, cuma bagaimana ia di sampaikan kepada kita
manusia ini dalam pelbagai bentuk seperti ilham, mimpi, doa, lintasan
hati.
Pada
mulanya naluri bakal bapa ini sangat kuat mengatakan bakal bayi kami
ialah lelaki, Isteri pun berpendapat sedemikian. Naluri aku berdasarkan
trait dominant-Recessive yang ada pada diri aku dan isteri (rujukan oleh
Dr. Google cuba buat carian 'Trait Dominant-Recessive Characteristic'
dan sedikit yang belajar ingat-ingat lupa Prinsip Asas Genetik), Sejarah
keluarga ialah Anak Lelaki pada kelahiran pertama dan mimpi. Kalau
dapat anak perempuan pun tiada masalah. Atas rezeki yang di beri asalkan
sihat walafiat.
Kami adalah ternampak Senarai nama anak beserta maksud dalam Islam di Facebook dan Internet. Aku ada simpan pada entry yang lepas 8 TIPS ; SENARAI NAMA ANAK DAN MAKSUD DALAM ISLAM untuk rujukan. Seperti yang di tulis pada entry yang lepas, 8 tips ini yang aku gunakan untuk memberi nama kepada Bakal Anak yang lahir nanti.
8 TIPS MEMILIH NAMA ANAK MENGIKUT ISLAM & PANDANGAN
1. Pilih nama yang mempunyai maksud yang baik.
Ini
dah semestinya WAJIB. Kita memang di larang untuk memberi nama yang
memberikan maksud yang tidak elok. Kita taknak la anak nanti bakal di
ejek, di sindir pada masa akan datang. Panggilan nama yang baik juga merupakan satu doa kan....
2. Tahu asal usul nama yang di beri daripada bahasa mana beserta maksud (seeloknya Bahasa Arab)
Yang
ni pun kena tahu, yang nama di beri berasal daripada mana. Semasa aku
mencari nama untuk anak lelaki melalui internet, terjumpa satu nama ni
yang ada maksud yang baik. Bila di sebut ingatkan dari Bahasa Arab,
rupanya dari Bahasa Turki/Iran camtu.. Nama itu juga merupakan nama
tempat dan istilah lain untuk arak. Jadi, ingat, nama yang baik walaupun makna yang baik, kena pastikan ada istilah/nama lain bagi benda yang tak baik.
3. Tahu ejaan nama dalam jawi atau bahasa arab beserta baris.
Aku
sudah pesan kepada Isteri, kalau nak pilih nama, kena tahu bagaimana
ejaan dama huruf jawi/ bahasa arab supaya mempunyai maksud yang tepat.
Contohnya, perbezaan baris dan huruf dalam bahasa arab pun akan beri
makna berlainan.
4. Nama yang sesuai dengan jantina bayi.
Mungkin
zaman sekarang beri nama pun agak panjang-panjang, moden. Setelah
mengikut tips di atas, seterusnya biarlah nama sesuai dengan jantina
bayi. Bila di panggil dan di sebut, boleh bezakan nama untuk anak lelaki
dan anak perempuan.
5. Nama yang tidak mengaibkan pada masa akan datang kepada bayi tersebut.
Seperti Tip2 No.1 tadi. Kita taknak la anak nanti bakal di ejek, di sindir pada masa akan datang. Panggilan nama yang baik juga merupakan satu doa kan....
6. Buat senarai ringkas beberapa nama alternatif.
Untuk
memilih nama, seeloknya buat beberapa senarai ringkas sebelum
dimurtamadkan pilihan bersama. Nama ini hingga ke akhirat, jangan
menyesal pilih nama. Kalau dah dewasa nanti susah plak. Senarai ringkas
ini boleh buat perbandingan nama, perbandingan maksud antara satu patah
nama dengan patah nama yang lain supayan maksud nama tidak bertindih.
7. Berbincang dengan pasangan nama tersebut dan di persetujui bersama dengan ikhlas.
Seperti
Tips No.7 juga, nama ini di bawa mati, di sebut sepanjang masa. Kalau
rasa nak berubah fikiran pada nama anak nanti, anda ada masa setahun
untuk ubah di Jabatan Pendaftaran Negara selepas nama di daftarkan buat
kali pertama.
8 Tanya pendapat orang lain tentang nama yang di pilih
Ini
pun penting. Maklumlah manusia ni terbatas ilmunya. Tanya pendapat
orang lain supaya nama itu tak selisih dengan maksud yang lain.
Contohnya dia ada terdengar, ternampak di memana ke yang nama tu merujuk
kepada benda tak elok. Ala-ala study group nak pilih nama kumpulan la
ni.
9. Elakkan letak Simbol pada Nama.
Mungkin
ada sesetengah ibu bapa yang mahu nama anaknya kedengaran seperti arab
letak simbol ( ' ) pada nama. Ni mungkin jadi rumit jika letak dalam
pendaftaran Surat Beranak/Kad Pengenalan nanti untuk isi borang nanti.
Jika tertinggal simbol tersebut, mungkin proses seterusnya tak dapat di
teruskan. Biasanya jika melibatkan urusan bank. Contoh: 'Arifin
Tags:
gaya-hidup
