Lembaga Tabung Haji Pekan, Pahang. 5 Sept. 2017 (Selasa) -
Rujukan Blog lain:
Perancangan
untuk buka akaun Tabung Haji anak (Irfan) ni memang sejak dari
kandungan lagi, cuma menunggu masa dan kesempatan. Irfan berumur 9 bulan
10 hari baru berkesempatan untuk buka akaun ni di kampung Pekan, Pahang
alang-alang dah ambil cuti sempena Hari Raya Aidiladha dan Cuti Khas
Kemenangan Pasukan Malaysia dalam 29th SEA Games KL 2017 dan kurang
sesak. Kalau buat di Tabung Haji Cawangan Kajang atau Putrajaya kena
ambil kerja dan bersesak dengan jem lagi.
Proses
buka Tabung Haji ni mudah je dan tak lama sangat (yang lama cuma
menunggu giliran jer sambil melayan anak yang excited di tempat baru).
Suasana
di hari bekerja Pekan kecil, Pekan, Pahang ni agak lengang dan yang
penting tak perlu risau dengan berebut parking dan jalan jem yang
teramat.
Masuk
di lobi Tabung Haji Pekan yang baru nak rennovate tu, bagitau ke Pak
Guard untuk buka akaun baru anak, kemudian dia serahkan Borang untuk isi
dan nombor giliran. Lepas dah selesai isi borang, sediakan keperluan
dokumen untuk berurusan di kaunter pula.
Dokumen Diperlukan
- Kad MyKid @Surat Beranak
- MyKad Penjaga (Ibu atau bapa)
- No.Kad Pengenalan Pasangan
- Minimum duit RM20
- Borang Pembukaan Akaun Baru
Isi
borang siap-siap, yang mana tak pasti tu boleh tinggalkan, nanti boleh
bertanya di kaunter. Semasa kami isi borang tu ada banyak yang kosong
dan tak pasti. Semasa nombor giliran dipanggil di kaunter, masa tu juga
lah kami betulkan dan isi mana yang patut. Mungkin orang tak ramai jadi
boleh la nak melayan kerenah pelanggan ni.
Semasa di kaunter
- Semasa di kaunter, staff TH kemaskini maklumat ibu dan bapa dulu yang sedia ada. Saya ada betulkan alamat mengikut kad pengenalan di situ juga.
- Kemudian, dia proses maklumat anak dan sediakan duit untuk buka akaun. Masa tu saya sediakan RM50 sebagai permulaan.

Photo Kredit Blog mawarnisani - Dalam beberapa belas minit, dah siap dah. Buku Tabung Haji terbaru yang warna Silver, Hitam, Hijau tu.. yang warna kuning masih boleh diguna sehingga habis mukasuratnya.
- Lepastu kami dapat Tabung Simpanan Duit TH yang baru. Staff tu cakap rezeki anak sebab ni dah stok terakhir.
- Untuk daftarkan haji, duit simpanan kena ada minimum Rm1,300. bapaknya pun belum daftar haji sebab kekangan kewangan ni.
Kenapa Pilih Tabung Haji
Simpanan Tabung Haji memang menjadi pilihan utama bagi kebanyakkan Ibu Bapa dan rakyat Malaysia. Antara sebab utamanya ialah untuk memudahkan & menjimatkan bagi kita menunaikan Rukun Islam yang Ke-5; Menunaikan Haji bagi yang mampu.- Berlandaskan syariah Islam.
- Suci.
- Hibah (Dividen dan Bonus) yang kompetitif.
- Zakat TH dibayar.
- Dikecualikan cukai.
- Dijamin oleh kerajaan & Tadbir urus yang baik.
- Pengeluaran tanpa had kekerapan.
Rujukan Blog lain:
- http://naazyra.blogspot.my/2017/03/cara-buka-akaun-th-daftar-haji-untuk.html
- http://happyirfa.blogspot.com/2016/10/buka-akaun-tabung-haji-untuk-anak-anak.html
- jomurusduit.com/2016/11/10-sebab-digalakkan-simpan-duit-dalam-tabung-haji.html
- https://www.tabunghaji.gov.my/index.php/ms/simpanan/maklumat-am/akaun-kanak-kanak