Mencari Halatuju: Kisah Perjalanan Peningkatan Diri


Dewasa ini, saya sering kali duduk termenung memikirkan bagaimana cara untuk meningkatkan diri. Zaman sekarang ni, dengan teknologi yang semakin canggih, ada banyak sumber motivasi yang boleh diakses. Saya kerap menonton video YouTube, mendengar podcast, dan mengikuti content di media sosial yang bertujuan untuk memberikan inspirasi. Semakin saya mencari, semakin banyak kesedaran yang muncul.

  1. Kesedaran kebodohan kesilapan memilih.
  2. Membazir duit dan masa pada sesuatu yang tidak berbaloi dan tidak bermakna mendalam.
  3. Betapa saya perlukan kata-kata semangat dari orang yang pernah merasai pengalaman.
  4. Jika sesuatu tidak memberi kebahagiaan, serabut otak, lebih baik buang.
  5. Jangan simpan barang lama-lama..konon-konon "ia akan berguna nanti"..Sekarang zaman online, jika anda nak sesuai, cuba cari di kedai online sahaja. 
  6. Menyimpan...melabur...simpan...labur... jangan sampai lebur!
  7. Jika anda berhutang untuk beli, maksudnya anda tak mampu.
  8. Bersenam, jaga makan, jaga kesihatan, sentiasa bergerak.

Setiap kali buka YouTube, ada sahaja video motivasi yang muncul. Kadang-kadang saya tertarik dengan topik pengurusan masa, kadang-kadang tentang kesihatan mental, dan tidak kurang juga video tentang kewangan peribadi. Dalam pada itu, saya turut mendengar pelbagai podcast yang membincangkan topik-topik serupa, dan video-video pendek di media sosial yang tak kurang hebatnya dalam memberikan tips dan nasihat.


Tapi, masalah utama saya ialah terlalu banyak perkara difikirkan dalam kepala. Setiap kali dapat idea baru dari video atau podcast, saya jadi teruja nak cuba. Tapi bila banyak sangat yang difikirkan, saya jadi bingung nak fokus yang mana satu. Otak ni macam sarat dengan pelbagai idea dan cadangan, sampai kadang-kadang rasa penat sendiri.


Saya ingin sertakan contoh channel-channel youtube yang saya dengar tapi akaun gmail telah kena suspicious activities pula. 


Ada masanya, saya cuba buat senarai perkara yang ingin difokuskan. Contohnya, minggu ni nak fokus pada pengurusan masa. Minggu depan pula nak cuba teknik meditasi untuk kesihatan mental. Namun, sering kali juga saya tersasar dan kembali ke keadaan asal - banyak perkara nak buat, tapi tak tahu mana satu nak mula dulu.


Saya juga cuba mencari nasihat. Nasihat daripada rakan-rakan dan keluarga agak tidak selari dengan laluan spektrum otak pemikiran saya. Saya gunakan kelebihan sebagai seorang introvert! menyusunaturkan mesyuarat dengan pelbagai personaliti di dalam benak kepala saya. Bermonolog secara ilmiah, saintifik dan psikologi. cubaan menjadi Jack of All trade. Ada yang kata, "Kau kena fokus satu-satu dulu," dan ada juga yang beri cadangan, "Cuba buat jadual harian, mungkin boleh membantu." Walaupun nasihat-nasihat tu nampak mudah, pelaksanaannya bukanlah semudah yang disangka. Kadang-kadang, disebabkan terlalu banyak maklumat, saya jadi tertekan sendiri.


Namun, saya tidak pernah putus asa. Saya tahu perjalanan untuk meningkatkan diri memang penuh dengan cabaran. Setiap kali rasa buntu, saya akan ingatkan diri sendiri bahawa setiap langkah kecil pun adalah satu kemajuan. Walaupun hari ini mungkin tak sehebat yang diimpikan, asalkan ada usaha, pasti ada hasilnya nanti.


Akhir kata, mencari halatuju untuk meningkatkan diri memang bukan mudah, tapi jangan pernah berhenti mencari. Ambil masa untuk kenali diri sendiri, fahami apa yang benar-benar kita perlukan, dan buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. Sesekali tersasar, tak mengapa, yang penting teruskan langkah. Sebab, dalam setiap usaha, ada hikmah dan pelajaran yang boleh kita bawa sepanjang perjalanan hidup ini.


Hanya kita boleh mengubah diri sendiri. Di saat usia kita adalah acuan yang kita buat sejak beberapa puluh tahun lepas. Untuk mengubah acuan diri kita sekarang memang bukan mudah, tapi tidak pula mustahil.

Iqbalab Mii Journal

Meet an introverted eccentric and loving father of two boys. Passionate about science, nature, and the art of nurturing plants, he uniquely combines these interests in his captivating stories. As a dedicated "plant dad," he finds solace and joy in the quiet companionship of his leafy friends. Through his writing, he invites you to join his journey, sharing heartfelt stories that intertwine his role as a father, his fascination with the natural world, and his camaraderie with fellow plant enthusiasts. Join him in exploring the intricate tapestry of life, where science, nature, and the bonds of fatherhood converge in beautifully woven narratives.

Catat Ulasan

Saya amat menghargai sokongan yang diberikan dan berharap dapat terus berhubung dengan anda semua melalui platform ini. Setiap komen adalah inspirasi buat saya untuk terus menulis dan berkongsi ilmu. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan bersama-sama kita belajar serta berkembang.

Jangan segan untuk berkongsi pendapat, soalan, atau apa sahaja yang anda rasa relevan. Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan blog ini sebagai medium yang bermanfaat untuk semua.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita terus berhubung dan saling menginspirasi.

Salam hormat,

Terbaru Lebih lama