5/6/2011 lepas ialah hari untuk aku menjalani Ujian Fizikal bagi Leftenan Maritim X17 (satu-satunya panggilan SPA yang aku terima selepas bertahun-tahun aku isi dalam website www.SPA.gov.my! Aku tetap hadir ujian ni walaupun hampir 95% yakin yang aku TAKKAN lulus. Tapi dengan cadangan kawan-kawan, aku pergi la juga sebab ia adalah daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)..
Kawan aku cakap,"Pergi jer la, nanti lepas ni ko leh citer kat orang pasal ujian tu dalam Blog ko"
Selepas aku dapat tau pasal Ujian ni, aku terus Google pasal pengalaman orang yang telah menghadiri Ujian Fizikal ni, tapi keputusan cariannya agak terhad.
So, Tidak Mengapa jika Kita Gagal, Yang penting apa yang kita tahu/dapat daripada Kegagalan.Pengalaman?
Tiba di Tempat Temuduga Ujian Fizikal
Kisah bermula masa jam lebih kurang jam 7:15 pagi aku bertolak dari rumah ke Bangunan APMM (Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia), Daerah Maritim 9, Kuala Terengganu yang berhampiran Stesen Minyak SHELL Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Sampai sana sekitar jam 7:45 pagi (sebab tersesat mencari bangunan APMM ni untuk pertama kali).
Calon yang hadir seramai 31 orang. Selepas sedikit taklimat daripada Anggota APMM, isi borang, semua calon berbaris mengikut ketinggian tanpa kasut serta di beri nombor. (Aku no.17 dari 31 orang)
Calon di kumpulkan di dalam bilik dan beratur mengikut nombor untuk ujian fizikal di luar bilik. Bila tiba no. aku, tanpa kasut, lipatkan seluar trex dan buka baju. Aku keluar dari bilik dan mengikut arahan anggota.
Mula-mula berjalan ke Pegawai APMM dari HQ Putrajaya, "Saya Muhammad Iqbal Abdullah. IC 870709xxxxxx. Alamat. Melaporkan diri untuk Leftenan Maritim X17.". Kemudian, timbang berat (61kg), tinggi (168.5cm), ukur lilit dada (81.5cm keadaan Biasa, 86+ Tarik nafas), BMI (22+) dan seterusnya ujian mata.
Bahagian ni la aku tak lepas dan beberapa 8 orang sebelum aku tak lepas. Ujian mata adalah MANDATORI! Ada yang tak lepas tinggi (Min. Lelaki 163cm), ada yang tak lepas ukur lilit dada (Min. 81cm Keadaan biasa, 86 Keadaan tarik nafas). Seterusnya mungkin bahagian fizikal jer la. Keadaan kaki, tangan, bahu, cara jalan.
Ujian seterusnya (mengikut borang tersebut walaupun aku dari awal-awal lagi tak lepas)
Lari 2.4KM dalam 14 Minit (dalam surat panggilan tulis 12 Minit untuk Lelaki)
Bangun Tubi 30 Kali dalam 2 minit
Lari Ulang alik X 4 sejauh 10 Meter dalam 11 saat.
Lompat berdiri sejauh 2.16meter
dan tak ingat lak.
Keputusan Separuh Jalan Ujian Fizikal
Dah tak lepas, kira gagal la... Sebenarnya pegawai tu tak katakan GAGAL, cuma ayat dia, "Ini bukan rezeki awak, ujian mata ni memang MANDATORI, mungkin boleh cuba pada bidang lain"
Jadi, aku yang mendengarnya tak tersentap la.. Hormat jika Pegawai pandai bermain kata-kata agar tidak mengecewakan calon. Baru lah sesuai dengan Pangkat Pegawai dan pemikiran nya. Ada orang cakap lepas, tak jaga hati dan tak pedulikan kata-kata terhadap perasaan orang lain. Walaupun setinggi mana tahap pendidikan, hilang hormatnya jika tiada adab dan budi bahasa.
Nota :
Cerita lepas : Interview SPA Exam Leftenan Maritim X17
Cerita dari Blog Lain: Leftenan Muda Maritim XA13
Cerita dari Blog Lain: Leftenan Muda Maritim XA13
Tahniah! jika ada calon yang dapat lepas Ujian Fizikal ni..Nanti mereka akan ditemuduga dan bagi yang lulus akan menjalani latihan selama 9 Bulan kalau tak silap dengar la.
Tags:
kerja
takpe..rezeki tu ada di mana2 kan..
BalasPadamat least kamu dah ada pengalaman..
and its a new things for me also..baru la tau mcm mana temuduga tu di jalankan..
=_=
Pergh~ Mandatori? Ingatkan cenggitu je. Haha :D
BalasPadamkalau saya...confirm tak lepas sbb tangak bengkok. huhuhuhu..sedih betul. nk jd askar la, polis la, warden la..semua nk tangan yg lurus @ ala-ala model tu. dulu sy gi intvw warden, tak lepas sbb tgn bengkok. huhu
BalasPadambile nak update nih???huhuh..tak sabar..heee
BalasPadamSelamat sejahter,
BalasPadamsaya nak tahu bagaimana kmu megisi borang spa? bahagian akademik..
Saya tak faham la macamana nak isi..
saya spm tahun 2004..isi 1 or A...
sedangkan result saya A1.
Terima kasih
@Happy Mom : klu skrg tak pasti lak coz SPM pn guna A,A+ lbh kurg gitu kan...
BalasPadamdulu saya letak kalau A1 = letak no.1..
A1=1
A2=2
Bro. Boleh tanya tak ? Yang lari 2.4km tuh ... mesti betul2 14minit ke ? Sebab masa terbaik saya adalah 16 minite jer ... T.T ... BMI mcm tak lepas ... tapi dalam email dia tak sebut BMI , dia ckp had minima jer .. maksima tadak...
BalasPadam@Johan : aku rasa bab lari tu sure ada tolak ansur kot... bmi pn ada tolak ansur lg....tak tau nk cakap la
BalasPadamBmi ngan lari tu mmg ada tolak ansur..sbb hri tu time aku interview utk pegawai penjara,lari skjp je..pastu aku jalan2..blh lepas...tpi aku tolak tawaran tu coz famly x bagi...now dpt balij ngan leftenan maritim..alhamdulillah...:)
BalasPadamsalam bro,
BalasPadamkalau tinggi 162 cm boleh consider x?adoiii..tensionnya..
salam... nak pakai baju apa ya kat pemeriksaan fizikal tu??
BalasPadam@Anonymous: yang tu atas budi bicara pegawai la....
BalasPadam@Anonymous: dalam surat tu ada sebut kan pasal cara pemakaian semasa ujian.. tshirt, sluar trex dan kasut sukan je..
BalasPadamishh...I baru pergi interview in, gagal juga bila ujian mata...saya cadangkan bag I sesiapa yang penglihatan tak berapa baik, hafal carta ujian mata di atas sebelum pergi interview...Kalau bukan, mamang tidak berbaloi sebab semua fizikal test lulus, tapi gagal sebab ujian mata...
BalasPadamMcm ni ke carta ujian mata tu?
BalasPadamlebih kurang macam ni la...
Padam