Iqbalab Mii Journal

Pendidikan : PMR dan Kerja

Tadi sedang aku membelek-belek serta menyusun beberapa resume mengikut kelulusan yang dihantar ke office untuk memohon kerja, datang suatu detik perasaan apabila mengasingkan kelulusan PMR. Aku terfikir, bagaimana mereka hanya sampai tahap PMR? Adakah mereka tidak mampu untuk menyambung pelajaran, sekurang-kurangnya SPM.
Memang betul pengalaman itu penting, tapi untuk first impression, pelajaran/kelulusan yang menjadi penanda aras. Bila sudah berpuluh-puluh hingga ratus-ratus permohonan (resume) yang di hantar, kami mengasingkan mengikut kelulusan terlebih dahulu supaya senang untuk kami bahagikan dengan apa yang telah di tetapkan oleh pihak sumber manusia.
Jadi untuk yang berkelulusan PMR (walaupun hanya 2-3 orang calon sahaja), kami asing ke tepi. Mengutamakan kelulusan SPM, STPM. Ya. lain kelulusan, lain jawatan. Tapi, peluang jawatan itu lebih luas jika SPM,STPM.
Tengok pengalaman kerja, sijil kemahiran tu ada la juga, tapi bagaimana kami nak yakin jika hanya kelulusan PMR. Bukanlah nak memandang rendah tapi, kami tidak yakin untuk mengambil berkhidmat.
Oleh itu, untuk adik-adik yang sangat malas belajar, jangan sesekali berniat untuk berhenti sekolah. Sekurang-kurang yang amat kurang sekali habiskan lah sampai SPM. Lulus atau Gagal tu lain cerita. Yang penting dapatkan sijil/keputusan SPM sebagai bukti untuk akan datang. Insya-allah, selepas SPM, tu tak kisah kerja apa-apa pun.
Kalau nak kerja lepas SPM, kerja sungguh-sungguh, jangan main-main, sambil lewa, ambil pengalaman semasa kerja tersebut. Harap suatu detik, Hanya Detik akan terlintas
Resume/curricular vitae adalah first impression yang kami lihat. Ia seperti surat-temu-jodoh la. Walaupun rupa takde takpe, asalkan isi-isi resume itu mampu menggoda kami untuk memanggil interview. Bab interview lain cerita pula yer.

4 Ulasan

Saya amat menghargai perkongsian pendapat, soalan, atau apa sahaja yang anda rasa relevan. Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan blog ini sebagai medium yang bermanfaat untuk semua.
emel

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita terus berhubung dan saling menginspirasi.

Salam hormat,

  1. Hmph~ Malas belajar, bila kerja susah dapat mengeluh memaki cakap dorang punya experience tebal. Aiyok~

    BalasPadam
  2. aku rasa sekarang sekurang2nya diploma... susah nk cari keje...

    BalasPadam
  3. Ehh kat tmpt keje ade kosong ea??..nak keje hehe..saya tgh menggnggur skrg nie huhu..Actually kalo kat tmpt saya yg xde UPSR pon ade, belajar takat darjah 2..Emm alasan nya dia malas tp syg budak tu pandai masuk kelas terbaik masa dia darjah 1 & 2..Bile dia dah besar skrg mmg kesian laa tgk dia xde kerja, ayh dia pon dah meninggal & dia pulak anak lelaki tunggal..emmm

    BalasPadam
  4. uishh. ni berdebar nak hantar resume ni >.<

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama