Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua! Walaupun tiada sesapa….T__T
Walaupun dah lama tapi kali ini baru nak memperkenalkan haiwan peliharaan terbaru saya!!
Kenalkan.. Mr.Sneaky Si Albino Hedgehog (atau Pygmy African Hedgehog). Saya bertukar milik Sneaky dengan student UniMAP yang jualnya dengan harga RM100 dalam www.mudah.my . Sedikit Info Mengenai Mr.Sneaky ni:-
- Pada masa beli 8hb.Oktober 2012 berumur sekitar 6-7 bulan (Agak-agak dalam umur 6 bulan la.).
- Haiwan peliharaan exotic. Bukan haiwan Malaysia. Juga di kenali sebagai ‘Hedgie’
- Seekor Hedgehog Albino Jantan (Albino mempunyai Mata merah.)
- Single (Sedang mencari pasangan hedgehog betina)
- Seekor yang penakut dan pemalu (Tak berapa mesra)
- Aktif dalam gelap (Kalau cerah, dia suka berkurung dalam rumah kotak beliau)
- Minuman Kegemaran: Susu (Air kosong pun okay)
- Makanan Kegemaran: Ulat Roti (Superworm) (Juga makanan kucing) atau serangga
- Sangat tidak suka mandi. Tapi boleh berenang
- Sejenis Mamalia
- Boleh bergulung seperti Bola bila terancam @ takut.
- Agak rabun tapi sensitif pada bunyi dan bau.
- Suka bunyi macam selsema, snort..kadang-kadang purr..macam kucing…
- Mempunyai duri yang agak tajam (jika tidak biasa pegang). Dan duri dia tidak boleh tembak ye~
- Kadang-kadang buat aksi yang comel.
- Sangat suka menyelinap tempat sempit.
- Najis macam najis kucing cuma agak kecik dan melekat.
- Akan buat perangai pelik bila terhidu benda sangat wangi seperti perfume…Buat mulut berbuih-buih.. jangan panik.
- Pada umur 4,5,6 bulan, akan berlaku fasa bersalin duri.. Dapati banyak duri hedgie ni gugur.. Jangan panik juga…
UPDATE : 10 Oktober 2023 (11 tahun kemudian), lebih kurang setahun selepas itu, aku bagi Sneaky kepada orang sebab kerja selalu outstation dan sukar nak minta orang jagakan. Rasanya selepas 11 tahun ni, Sneaky dah meninggal dah kot sebab jangka hayat Hedgehog ni dalam 2-5 tahun sahaja. Orang tu pun bagi kepada orang lain juga.
cantiknya landak...n boleh belit2 lagi landak 2...
BalasPadamwaalaikumusalam. .. baru perasan link dlm komen..huhu.. hedgehog ni time baby2 mmg comel.. dah besar nanti dilepaskan ke? huhu..takut nk bela
BalasPadamSalam sy nk tanya Memang LM bunyi selsema atau penyakit
BalasPadamHi nak tanya sikit . Landak saya mcm selesema . Hidung asyik berair je . Kena bawak jmpe vet ke ?
BalasPadamhai... klau HH baru 3 month duri die gugur kire normal la kan... ok ke klau sy x krung die dlm cage.. suke biar die bebas dlm bilik..
BalasPadamsalam saya nak bagitau yang sebenar nya hedgehog tak boleh minum susu atau benda yang bersusu sebab usus mereka sensitif,jadi berhenti lah berikan mereka susu walau mereka menyukainya
BalasPadamAssalammualaikum,,,sye bru menjaga hedgehog,,dan hedgehog ni org bgi...bagai mne nk jinak/biasa kn dia dgn owner bru dia ni?.
BalasPadamSaya ada landak albino ni..sepasang johnny & lily ..saya baru bela..tapi takut nak pegang sebab garang sgt..
BalasPadam