3 Cara Buat Link WhatsApp Tanpa Save Nombor



Aplikasi WhatsApp dah jadi medium komunikasi yang utama sekarang. Mengikut statistik dibuat oleh Statista, 98.7% pengguna di Malaysia menggunakan Aplikasi WhatsApp sebagai medium komunikasi dan semestinya akan disertakan dengan aplikasi messenger yang lain sebagai 'backup'.

Kebanyakkan penjual dalam talian/ online akan letakkan Nombor yang mempunyai Aplikasi WhatsApp pada iklan mereka. Mungkin sesetengah platfom sosialmedia tak bagi letak link ini dan ada juga boleh letak dan terus keluar tulisan warna biru. maksudnya ia sudah di link atau kena hyperlink secara manual.

Berbalik kepada letak link WhatsApp kepada nombor sendiri untuk orang mesej terus. Di bawah ni saya letak gambar macam mana nak WhatsApp ke nombor sendiri. Ada dua jenis Link yang boleh kita letak untuk orang klik WhatsApp TANPA Save nombor kita. Ada dua jenis link yang boleh letak dan pastikan Link tersebut betul kerana ia akan jadi perantara untuk orang atau klien contact kita.

Langkah #1: 


Kemudian pastikan letak (Letak kod Negara sekali pada hadapan. Malaysia= 60). Kalau tak letak kod Negara, Link itu takkan jadi.

Cara 1:
Untuk Format Link WhatsApp. pastikan Ejaan 'Wassap.my' , saya rasa orang Malaysia buat platform ni kot. Link yang boleh Tambah Kata Kunci supaya anda tak keliru Whatsapp tu dari mana.
 'wasap.my/601xxxxxxxx/KotakMisteri'

Cara 2 : 

Untuk letak link ke WhatsApp peribadi boleh guna terus link pendek ini, senang ingat! 

         'wa.me/601xxxxxxxx

Dengan menggunakan browser internet di smartphone, letak alamat web 'www.wasap.my/601xxxxxxxx

Cara 3:

Buat customize mesej panjang di Link luar https://create.wa.link/
Atau boleh Google 'WhatsApp Link Generator' lain di internet dan pilih yang mana berkenan.




Bagi peniaga online boleh letak link Whatsapp supaya pembeli yang guna telefon boleh tekan link dan terus ke Apps Whatsapp. Caranya sama sahaja.


Langkah #2: 

Selepas masuk ke web wasap di atas, dia automatik ke paparan seperti dalam gambar ni. Tekan butang 'Message'/'Continue to chat' untuk Whatsapp ke nombor sendiri/ atau nombor yang kita letak.



Selesai. Boleh whatsapp ke nombor sendiri sebagai reminder atau nota.
atau Letak sebagai Link untuk pembeli/client WhatsApp kita terus tanpa Save Nombor kita.
Whatsapp juga boleh backup ke google drive.

https://web.whatsapp.com/

Dengan adanya web.whatsapp atau WhatsApp Desktop ni lagi mudah untuk cek, reply download media terutama bagi para peniaga online yang baru ingin explore.

Mungkin ada cara yang paling berkesan siap ada 'autobot' yang jawab mesej secara automatik seperti dalam WhatsApp Business. Tapi Link WhatsApp ini yang paling asas untuk tau.
whatsapp





1 Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.

Terbaru Lebih lama