Fahami Cara Tukar Duit Raya Supaya Tak Jatuh Riba | Hukum Islam.

Hari Raya  Aidilfitri semakin tiba walaupun ada beberapa khabar angin mengatakan Hari Raya Aidilfitri 2023 jatuh pada 21 April (Jumaat) atau 22 April (Sabtu). Apa pun kita cuma menuggu pengumuman dari pemegang mohor besar raja-raja seperti kebiasaan. Tahun ini pun dah kira kurang mengejut sangat sebab semua dah tahu sama ada 21 atau 22 April.

Cuma tinggal lebih kurang seminggu untuk Hari Raya, masing-masing sekarang mula beraturdi Bank-Bank dan mencari-cari orang yang boleh menukarkan Duit Raya. Kita sebagai orang Islam perlu berhati-hati melibatkan penukaran duit raya ini supaya hasil yang dapat tidak termasuk dalam Riba'; yang jelas jatuh sebagai salah satu Dosa Besar. Jom kita buat bacaan sedikit supaya Isu penukaran Duit Raya tidak jatuh sebagai Riba.

Ustaz Lokmanulhakim Hussain dalam Post Facebook Beliau menjelaskan Syarat yang perlu dipatuhi supaya tidak berlaku Riba dalam penukaran Duit Raya dan Contoh Situasi yang kita boleh ambil maklum.

duit

ISU RIBA DALAM MENUKAR DUIT RAYA

Tukar duit raya, dengan maksud kita bagi RM500 duit terpakai, dan kita dapat duit baharu RM500 dalam denominasi tertentu seperti RM10, atau RM20, adalah tertakluk kepada hukum hakam al-sarf.
Oleh sebab tukar duit raya melibatkan item ribawi iaitu wang kertas, dan melibatkan dua item yang sama iaitu ringgit ditukar dengan ringgit, maka WAJIB menepati dua syarat:

1. Penyerahan duit terpakai dengan duit baharu berlaku dalam satu sesi/majlis tanpa penangguhan. Jika ada penangguhan maka berlaku RIBA NASA’;
2. Pertukaran hendaklah dengan kadar yang sama, tanpa a da lebihan. Jika ada lebihan maka berlaku RIBA FADHL.

PENJELASAN HUKUM TUKAR DUIT RAYA OLEH USTAZ AZHAR IDRUS


Haram jika mengambil upah hingga mengurangkan jumlah duit asal. Contohnya : Tukar RM100, dapat RM97 dan tolak RM3 adalah upah tukar duit.

Cara yang Betul dan di Haruskan

Tukar duit RM100 dengan nilai dikehendaki dan dapat jumlah nilai RM100 yang sama. Upah duit diberi berasingan contohnya Tukar RM100 dan membayar RM3 sebagai upah. 

Berikut antara contoh Situasi yang dijelaskan oleh Ustaz Lokmanulhakim Hussain dalam Post Facebook :


tukar duit raya

SENARIO 1

A mahu menukar duit raya sejumlah RM1,000 daripada B.
A serahkan duit terpakai kepada B pada hari ini, kemudian B serahkan duit baharu pada keesokan harinya.
Hukum: Haram kerana berlaku riba nasa’.

SENARIO 2
A mahu menukar duit raya sejumlah RM1,000 daripada B.
B bersetuju dan mengenakan caj RM10 ke atas A.
Lalu A membayar RM1010 duit terpakai, dan B menyerahkan RM1000 duit baharu.
Hukum: Haram kerana berlaku riba fadhl.

SENARIO 3
A mahu menukar duit raya sejumlah RM1000 daripada B.
A mewakilkan C untuk menukarkan duit dengan B.
C sebagai wakil mengenakan caj sebanyak RM10 ke atas A.
A menyerahkan RM1010 kepada C, dan keesokannya C mambayar RM1000 kepada B, dan B membayar RM1000 duit baharu kepada C.
C kemudian menyerahkan RM1000 duit baharu itu kepada A.

Hukum: Harus, kerana tidak berlaku riba. Kelewatan antara A dan C adalah kelewatan dalam bab wakalah.
Manakala transaksi al-sarf berlaku antara B dan C tanpa penangguhan.
Lebihan RM10 juga adalah berlaku dalam bab wakalah sebagai upah wakil. Manakala dalam akad al-sarf tidak berlaku sebarang lebihan.

kaedah tukar duit raya
SENARIO 4

Maslan ingin menukar duit raya sejumlah RM1,000 daripada Bank XYZ.
Maslan mempunyai seorang kawan, bermama Awang yang bekerja di Bank XYZ tersebut.
Maslan menyerahkan duit RM1,000 kepada Awang pada waktu pagi sebelum Awang pergi kerja.
Di Bank XYZ, Awang menukarkan duit Maslan di kaunter tukar duit raya.
Pada sebelah petang, Awang menyerahkan duit raya kepada kawannya Maslan.

Hukum: Tidak ada masalah sekiranya pertukaran duit raya oleh Awang di Bank berlaku secara spot.Ini kerana ketika Maslan menyerahkan duit kepada Awang, Awang bukan di atas kapasiti pegawai bank kerana tukaran duit raya di bank hanya berlaku di kaunter. Jadi ketika Maslan serah duit kepada Awang, ia adalah wakalah.

SENARIO 5
A ingin menukar duit raya sejumlah RM1,000 daripada B.
A meminta B datang ke tempatnya untuk membuat pertukaran.
B bersetuju dan meminta A membayar kos dia datang ke tempat A.
B lalu menaiki Grab dengan caj RM5.50 dan sampai ke tempat A, lalu berlaku pertukaran RM1,000 duit terpakai dengan RM1000 duit baharu.
A membayar caj Grab sebanyak RM5.50 kepada B.

Hukum: Diharuskan, kerana bayaran caj Grab adalah kos sebenar yang dibayar oleh B untuk datang ke tempat A atas permintaan A.

Justeru, berhati-hatilah dalam urusan pertukaran duit raya ini. Awas kerana ia mungkin boleh terpalit dengan riba. Menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk memastikan setiap jual beli yang dilakukan tidak terjerumus dalam kancah riba yang diharamkan oleh ALLAH dan Rasulnya.


Sumber Rujukan:
Iqbal's Lab Journal

Meet an introverted eccentric and loving father of two boys. Passionate about science, nature, and the art of nurturing plants, he uniquely combines these interests in his captivating stories. As a dedicated "plant dad," he finds solace and joy in the quiet companionship of his leafy friends. Through his writing, he invites you to join his journey, sharing heartfelt stories that intertwine his role as a father, his fascination with the natural world, and his camaraderie with fellow plant enthusiasts. Join him in exploring the intricate tapestry of life, where science, nature, and the bonds of fatherhood converge in beautifully woven narratives.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.

Terbaru Lebih lama