Part 3 : Keputusan Interview MARDI Pegawai Penyelidik Q41

Assalamualaikum semua.

Sebelum ini saya ada menulis mengenai tentang Part 1 : Pengalaman Pra-Saringan Q41 (Interview) MARDI Serdang (1st Interview) pada 12 November 2013 lepas. Kemudian syukur alhamdulillah saya berjaya ke Part 2: Interview MARDI Q41 Research Officer pada 03 Januari 2014.

Pada 03 Januari merupakan Batch Pertama Interview daripada 6 Batch (menurut kata staff Mardi), dia berkata keputusan interview akan di umumkan selewatnya dalam sebulan selepas interview terakhir. Jadi, saya menunggu dengan penuh harapan dan impian serta cita-cita. (amboiii....)

Pada 27 Februari 2014 (Khamis) lepas, semasa saya baru sahaja tiba di Karnival Usahawan Mega Zon Utara di Amanjaya Mall, Sg. Petani, Kedah; telefon bimbit berbunyi. Panggilan daripada nombor pejabat 038941xxxx; Jam 06:05 PM. Ingatkan nak jual insurans.
Caller: "Assalamualaikum, Boleh bercakap dengan Encik Muhammad Iqbal Abdullah?"
Saya: "Ya, saya.."
Caller: "Saya call dari HR MARDI Serdang.. Haritu ada call tanya result interview kan...ni nak bagitau ni.. Tahniah la awak berjaya melepasi temuduga tersebut...."
Saya: "Ya...ya.... Terima kasih.."
Caller: "Jadi Surat Tawaran ni awak nak ambil di Pejabat ke nak pos?"
Saya: "Pos la...."
Caller: "Okay.. Jadi pos ke alamat ni... (dia baca alamat rumah kat kampung saya tu.)"
Saya: "Ya..ya...betul..Terima kasih ya..."
Setelah mendapat panggilan tersebut, aku terus menghubungi Papa aku bertanyakan pendapat kerana pada yang sama aku mendapat Tawaran Kerja yang lain.

mardi, kerja
Jadi, Bajet Hari jumaat tu mesti Mardi pos surat ke Terengganu, Hari Ahad sampai di Kampung. Kemudian Mama Whatsapp surat tawaran untuk saya tau tarikh lapor diri. Tengok tarikh 17/03/2014!! Cepatnya!! saya dah la kena bagi notis surat berhenti kerja 1 Bulan sebelum.

5 Ulasan

Saya amat menghargai sokongan yang diberikan dan berharap dapat terus berhubung dengan anda semua melalui platform ini. Setiap komen adalah inspirasi buat saya untuk terus menulis dan berkongsi ilmu. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan bersama-sama kita belajar serta berkembang.

Jangan segan untuk berkongsi pendapat, soalan, atau apa sahaja yang anda rasa relevan. Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan blog ini sebagai medium yang bermanfaat untuk semua.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita terus berhubung dan saling menginspirasi.

Salam hormat,

  1. (h) tahniah En. Iqbal, selepas banyak rintangan yang dilalui akhirnya dapat jugak kerja yg diimpikan walaupun bkn dalam bidang En. Iqbal, so be a good worker and always be a sincere person, best of luck..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum, saya baru-baru ni ada memohon jawatan sebagai pegawai sains dan pegawai penyelidik juga di Mardi. namun sampai sekarang xdpt balasan.bila saya call mardi, diorang ckp sabar dan jawapan akan diberi nnti melalui call dan email/sms. laman web mardi juga saya dah cek, n still "dlm proses saringan'. saya nk tnya, susah x nak dapat jawatan di mardi? dan diorang tgk result degree yang gempak ke? maksudnya kelebihan utk first degree ke? terima kasih. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena sabar menunggu tu. sebab saya apply tahun lepas, tahun ni bulan 8 aritu baru panggil interview. Sabar ya :)

      Padam
  3. Salam encik iqbal boleh share tak pengalaman kerja dsbg. Result sy pn lebih kurang. Tp sy xnak ketinggalan untuk improve diri sya.. arap dpt mmbantu

    BalasPadam
  4. Salam encik iqbal boleh share tak perjalanan di bidang akademik encik seperti bidang yg encik ceburi di universiti.saya seorg lepasan matrikulasi masih tak tahu nk memilih bidang tapi saya minat pertanian & research

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama